Sunday, June 15, 2014
SPAD Guna Teknologi Terbaharu Timbang Lori!!
Tujuan alat untuk menimbang lori ini adalah bagi mengesan sama ada lori terbabit membawa lebih muatan atau bebanan yang dibenarkan. Selalunya kita jumpa di beberapa lokasi tertentu sahaja yang mempunyai alat penimbang ini.
Rata-rata alat penimbang ini pula dikelolakan oleh pihak JPJ, namun perlatan terbabit terpasang kekal di lokasi. Perkara ini sekaligus menghadkan operasi pihak berkuasa untuk melakukan penguatkusaan di lokasi berlainan.
Tapi dengan kemajuan teknologi, alat penimbang lori mudah alih mula diperkenalkan. Kami berpeluang melihat sendiri penggunaan alat penimbang ini dengan lebih dekat ketika menyertai Ops Hippo yang dilancarkan oleh Unit Penguatkuasa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pada 13 Jun lepas.
Ketua Penguatkuasa, Dato Che Hasni ketika ditemui menmberitahu bahawa pihaknya mula melakukan beberapa percubaan alat penimbang dari beberapa negara seperti Korea dan Amerika Syarikat. Beberapa peralatan penimbang dari beberapa negara lain turut akan diuji bagi melihat keberkesanan serta kesesuaiannya.
Dalam operasi baru-baru ini, unit Penguatkuasa sedang mencuba alat timbang mudah alih dari Jepun yang berjenama Kyowa Model RWP-200A. Alat ini yang ringan serta mampu dikuasakan dengan menggunakan tenaga dari bateri kereta.
Cuma beberapa penambahbaikaan perlu ada seperti kalis air dan kalis habuk. Ia bagi disesuaikan dengan keadaan iklim di negara ini dan persekitaran tempat operasi dilakukan. Namun semua ini masih di peringkat percubaan dan berapa siri ujikaji perlu dilakukan serta alat penimbang mudah alih yang berjenama lain perlu dicuba sebelum memuktamadkan keputusan membelinya.
Buat masa ini, penggunaan alat penimbang mudah alih ini lebih kerap digunakan di beberapa kawasan panas seperti Puchong, Cheras dan Rawang yang dikesan menjadi pilihan laluan lori lebih muatan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment