Warga FELDA sendiri yang sudah terlibat lama dalam tanaman kelapa sawit ini sudah cukup matang untuk memahami perihal jual beli serta naik turunnya harga pasaran minyak sawit dunia.
Jadi terasa lucu apabila pembangkang cuba bikin kecoh yang kononnya peneroka menderita apabila FELDA mengenakan tahanan wang jualan sawit sebanyak 20 peratus dari setiap resit jualan peneroka. Ternyata puak pembangkang tidak memahami model transaksi jual beli dari skala mikro dan makro.
Malangnya sudah ramai meletakkan persepsi negatif kerana kurang pemahaman terma "tahanan wang jualan". Seolah-olah proses tahanan wang jualan ini sengaja dicipta FELDA untuk menyusahkan para peneroka. Walhal proses ini sudah diadaptasi oleh banyak organisasi besar tempatan dan antarabangsa di setiap transaksi jual beli.
Tahanan wang jualan yang dicanangkan sebenarnya adalah 'jual beli dengan bayaran bertangguh' atau terma muamalatnya dikenali sebagai 'AL-Bai'Bi Thamani al-Ajil'.
Transaksi jual beli beginilah yang berlaku antara FELDA dan peneroka. Dimana peneroka menjual kelapa sawit kepada FELDA dan menerima 80% bayaran. Manakala baki 20% lagi dibayar secara bertangguh selepas sebulan.
Jumlah peratusan penangguhan ini bukan dibuat semberono kerana ia perlu mengambil kira banyak faktor semasa seperti harga minyak sawit dunia dan kesan ekonomi global.
Oleh itu, perbandingan mengatakan yang sebelum ini FELDA tidak mengenakan peratusan yang tinggi atau tiada sebarang penangguhan bayaran langsung adalah tidak menjelaskan secara terperinci dengan mengaitkan behavior naik turun pasaran harga minyak sawit dunia. Kerana keputusan penangguhan bayaran ini adalah bergantung kepada keseluruhan situasi ini.
Pembekal yang menghantar tayar ke kilang kereta selalunya akan menerima bayaran selepas dua bulan malah lebih, bergantung kepada naik turun pasaran jualan kereta dalam satu-satu jangka masa. Jika jualan kereta merosot, maka penangguhan bayaran dijangka lebih panjang berlaku.
Contoh lain, seperti pengeluar produk makanan dalam tin. Penangguhan bayaran lebih jelas kelihatan berlaku apabila produk terbabit diletakkan di pasaraya besar seperti Mydin, Giant dan Tesco. Kebiasaannya bayaran jualan produk hanya akan diterima setelah dua minggu hingga tiga bulan bergantung kepada syarat-syarat setiap pasaraya.
Harus diingatkan, penangguhan yang dilalui oleh pembekal tayar dan pengeluar makanan dalam tin itu tadi adalah sekitar 50 hingga 100 peratus. Bermakna boleh jadi tiada sebarang bayaran diterima selepas produk dihantar. Bayaran penuh hanya akan diperolehi setelah tempoh penagguhan tersebut.
Jelas pembangkang sengaja mempolitikan nilai bayaran bertangguh sebulan sebanyak 20 peratus. Tidak timbul soal peneroka menderita dengan syarat terbabit atau FELDA sengaja menyusahkan peneroka.
Hakikatnya majoriti para peneroka sudah faham akan situasi pasaran minyak sawit dunia yang diunjur lemah sejak beberapa bulan ini. Mereka juga faham penangguhan ini adalah bersifat sementara sehingga harga minyak sawit kembali stabil.
Mana kau tahu peneroka tidak terbeban..kami yang mengusahakan sendiri tanaman berasa potongan 20% amat membebankan walaupun mendapat kenbali di hujung bulan..anda harus sedar kami yang mengusahakan sendiri tanaman kadangkala perlu membayar bukan sahaja kos baja, upah, meracun ladang dan lain2 oleh itu terjejas oleh situasi pemotongan 20%. fikirlah jika buah hanya 1 tan dipotong 20% ditolak kos upah berapakah yang kami dapat disamping terpaksa membayar hutang yang telah saya sebutkan di atas..Jika bercerita pasal harga kenapa zaman kemelesetan Y2K dahulu harga buah masih dpat kekal antara 5 ke enam ratus( kadangkala mencecah 800-1000) walhal sekarang nak mencapai ke tahap 500 pun susah..harga dunia? harga miyak bersih masih kekal penjualannya ditahap 1+++ sedangkan kami dibayar hanya 4++ dalam 3 tahun ini..jawablah
ReplyDelete