Caj peratusan kekal mengikut kategori hartanah masing-masing seperti perdagangan 12%, pangsapuri 10%, kediaman 6% DAN 2% bagi kampung baru. Ingat!! Kadar ni tak naik!
Apa yang akan dilihat sebagai satu kenaikan adalah semakan semula "Nilai Hartanah" oleh DBKL di Kuala Lumpur ini. Bagi yang memiliki rumah sendiri, pasti sedia maklum dengan kadar cukai pintu di tetapkan dan pemilik juga sudah tentu faham dengan nilai hartanah yang sentiasa meningkat saban tahun terutamanya di kawasan bandaraya KL ni.
Kalau kita lihat 10-20 tahun dahulu nilai hartanah di KL paling rendah antara RM100,000 hingga RM350,000. Kadar sewaan sebulan pula antara RM500 hingga RM1,500. Ini anggaran purata paling rendah bagi kediaman dan pangsapuri sekitar tahun 90an.
Kini setelah berpuluh tahun nilai yang disebutkan tadi melonjak lebih tinggi kepada RM350,000 hingga lebih RM2 juta! Manakala kadar sewa juga melambung kepada RM1,000 hingga lebih RM10,000 sebulan!
Berikut adalah formula kiraan kadar cukai pintu:
Nilai Tahunan = Anggaran kasar sewaan sebulan x 12 bulan
Kadar cukai = Nilai Tahunan x Kadar (%) mengikut jenis hartanah
Untuk lebih pencerahan, kita ambil contoh kiraan bagi kediaman (6%), berdasarkan nilai hartanah serta kadar sewaan purata terendah pada 90an tadi.
Nilai Tahunan = RM500 x 12 => RM6,000
Kadar cukai = RM6,000 x 6% => RM360 setahun
Difahamkan DBKL telah menangguh semakan nilai hartanah selama 21 tahun. Ini bermakna pemilik hanya membayar cukai pintu RM360 setahun sepanjang tempoh itu.
Ikut logik adakah nilai hartanah tak naik-naik berpuluh tahun ni? Jawapannya sudah tentu NAIK! Jadi kalau diikutkan jumlah sebenar yang harus dibayar mengikut purata nilai sewaan terendah sekarang, adalah:
Nilai Tahunan = RM1,000 x 12 => RM12,000
Kadar cukai = RM12,000 x 6% => RM720 setahunItu belum lagi kita menyentuh nilai hartanah perdagangan seperti kilang-kilang dan kedai kormersial. Kerana kadar sewaannya boleh mencecah puluhan ribu hingga ratusan ribu sebulan! Pembaca bolehlah membuat kiraan sendiri mengenainya.
Ramai pula mempertikaikan mengapa baru sekarang ingin lakukan semakan. Kenaikannya pula dilihat terlalu drastik dan tinggi dari kadar sebelumnya. Ini kerana terdapat beberapa sebab yang membantutkan usaha DBKL bagi melakukan semakan nilai hartanah sejak 21 tahun ini.
Antaranya, cuba kita ingat kembali keadaan ekonomi di era 90an. Di mana krisis ekonomi melanda secara global dan mengakibatkan beribu-ribu hilang pekerjaan sehingga ramai diisytiharkan muflis di Malaysia. Dalam tempoh 21 tahun ini sahaja, kita telah lalui empat (4) fasa kemelesetan global iaitu:
- Tahun 1990 - 1993
- Tahun 1997 - 1998
- Tahun 2001 - 2002
- Tahun 2008 - 2009
Melihat kepada sejarah ini, kita sepatutnya sudah dapat mengagak mengapa kerajaan BN menangguhkan hasrat DBKL untuk melakukan semakan semula nilai hartanah secara berkala 5 tahun selama ini.
Jelaslah disini kerajaan BN merupakan kerajaan yang perihatin dalam mencari dan meneliti setiap solusi yang ada, supaya rakyat tidak terbeban dengan kesan berangkai empat fasa kemelesetan ekonomi dunia.
Walaubagaimanapun, kepada sejumlah 507,000 penerima notis kadar cukai pintu baharu. Mereka masih boleh menghantarkan bantahan sebelum 17 Disember, jika merasakan kadar yang dikenakan tidak berpatutan dengan nilai hartanah dan kadar sewaan semasa.
Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor menerusi DBKL akan melantik barisan panel bagi meneliti bantahan yang diterima supaya kadar "menang-menang" dapat dicapai. Sehingga 20 November, pihak DBKL telah menerima 2,500 bantahan.
No comments:
Post a Comment