Saturday, November 30, 2013

Masjid Diruntuh!! Islam Diharam Negara Angola!!!


Dunia dikejutkan dengan tindakan drastik kerajaan Angola yang tidak mengiktiraf ajaran penganut Islam di negara terbabit. Berikutan daripada pengumuman ini, Komuniti Islam Angola (ICA) mendedahkan 78 buah masjid telah diarah tutup!

Negara Afrika tersebut menggunakan alasan undang-undang ciptaan mereka yang menyebut kumpulan agama memerlukan 100,000 pengikut dan mewakili 12 daripada 18 daerah untuk mendapat pengiktirafan.

Pengiktirafan ini memberi hak kepada penganut satu-satu agama untuk mebina sekolah dan pusat ibadah. Disebabkan populasi penganut Islam hanya 90,000 orang daripada 18 juta penduduk Angola, maka hak terbabit dilucutkan.

Dari data negara terbabit, terdapat hanya 83 buah pertubuhan agama disah serta diiktiraf oleh kerajaan Angola dan kesemuanya adalah pertubuhan agama Kristian. Penyebaran berita ini telah membuatkan kerajaan Angola kelam kabut untuk membuat kenyataan penafian. 

Tapi bukti penindasan terhadap Islam semakin ketara di bumi Angola apabia terdapat beberapa masjid mula dirobohkan! Malah ada beberapa saksi mendakwa kitab suci Al-Quran turut dibakar! Sebarang amalan agama Islam dikalangan penganut boleh didakwa kerana melanggar undang-undang Angola!


Perisik: Bersyukur Malaysia yang dibawah pemerintahan pemimpin Islam yang terbukti tidak akan menganiaya penganut agama lain!

No comments:

Post a Comment