Wednesday, November 20, 2013

Siapa Bakal Dinobatkan Pengendali Pengangkutan Awam TERBAIK 2013!?


Macam-macam anugerah kita ada di Malaysia. Anugerah untuk industri muzik dan filem dah biasa kita dengar. Tak silap banyak versi pengiktirafan telah diketengahkan untuk dua industri tersebut.

Kita sudah biasa mendengar tentang anugerah pelakon paling popular,  penyanyi terbaik, filem terbaik dan banyak lagi. Tidak lama lagi akan ada pulak anugerah untuk industri pengangkutan awam darat!?!

Jadi tidak hairanlah jika anugerah pemandu bas terbaik menjadi salah satu kategorinya. Tapi buat masa ini kategori penganugerahan tidaklah pada para pemandu perkhidmatan awam tetapi tertumpu kepada pengendali pengangkutan awam seperti rel, bas, kenderaan barangan dan teksi.

Anugerah ini akan diberikan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pada 1 Disember 2013 bagi mengiktiraf sumbangan dan pencapaian pihak industri.



Kaedah pemilihan pemenang:
(i) Kaedah pemillihan pemenang untuk kategori yang dipertandingkan adalah berdasarkan pemarkahan yang diberikan mengikut kriteria penilaian yang ditetapkan di  Annex AA / AB / AC / AD.

(ii) Terdapat 4 kategori anugerah yang akan dipertandingkan, iaitu:
• Anugerah Pengendali Terbaik (Best Operator Award)
• Anugerah Pengurusan Sumber Manusia Terbaik (Best Human Capital Management Award)
• Anugerah Inovasi Terbaik (Best Innovation Award)
• Anugerah Khas Pemandu Teksi Contoh (Best Taxi Driver Award)

Keputusan Panel Penilai
Hanya satu pengendali sahaja yang akan dipilih sebagai pemenang bagi setiap kategori anugerah. Sekiranya berlaku keadaan seri, pemenang akan ditentukan berdasarkan bilangan undian di kalangan panel penilai. Keputusan panel penilai adalah muktamad.

Pihak SPAD akan mengumumkan keputusan pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan melalui surat rasmi dan telefon pada atau sebelum 30 November 2013.

Garis Panduan Penyertaan Anugerah Pengangkutan Awam Darat 2013
(i) Anugerah Pengendali Terbaik (AA).
(ii) Anugerah Pengurusan Sumber Manusia Terbaik (AB).
(iii) Anugerah Inovasi Terbaik (AC).
(iv) Anugerah Pemandu Teksi Contoh (AD).

Borang Pencalonan Anugerah Pengangkutan Awam Darat 2013
(i) Pengendali Bas.
(ii) Pengendali Kenderaan Barangan.
(iii) Pengendali Teksi.
(iv) Pemandu Teksi.
(v) Pengendali Rel.

No comments:

Post a Comment