Monday, November 11, 2013

Koperasi di Negara Ini perlu ubah perangai


Masalah koperasi di negara ini adalah kerana komiti dan jawatankuasa dalam koperasi itu sendiri yang adakala mengambil tindakan dan membuat keputusan yang tidak masuk dek akal.

Dalam majlis Karnival Koperasi Wilayah Persekutuan 2013 di Medan Tuanku, Kuala Lumpur, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Utama Tengku Adnan mengingatkan koperasi menjalankan operasi dengan lebih baik demi kebajikan ahli-ahlinya. 

Jangan pula timbul persaingan dikalangan koperasi sehingga merosakkan kredabiliti koperasi itu sendiri. Kerana kesudahannya yang menjadi mangsa adalah ahli koperasi yang telah meletakkan sepenuh kepercayaan kepada barisan kepimpinan.

Karnival koperasi yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia Cawangan Wilayah Persekutuan akan berlangsung dari 11 hingga 13 November dan telah dilancarkan oleh Ku Nan sebentar tadi. 

Turut sama menjayakan majlis adalah Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Datuk Nik Ali Mat Yunus.

Karnival tiga hari ini disertai oleh lebih 20 koperasi dari sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

No comments:

Post a Comment