Syarikat pengendali ini telah menjadi tumpuan umum dan juga agensi-agensi kerajaan dalam membantu siasatan berikutan kemalangan yang meragut 37 nyata di Jalan Genting Highland pada 21 Ogos 2013.
Notis pergantunggan lesen itu berkuatkuasa 25 November ini setelah meneliti laporan audit ICOP keselamatan yang dilakukan oleh pasukan SPAD. Syarikat diberi tempoh tujuh hari dari tarikh notis ini (18 November) untuk memaklumkan kepada penumpang mengenai penggantungan perkhidmatan tersebut.
Sebagai alternatif, Resort World Tour Sdn.Bhd akan menyediakan perkhidmatan bas ekspres dari Pudu Sentral, KL Sentral dan Stesen LRT Putra, Gombak ke Genting Highlands.
No comments:
Post a Comment