Saturday, November 2, 2013

Anwar Sakit Kepala Tengok Video Ni?


Berdegar-degar puak pembangkang kat luar sana menentang GST, menjulang sepanduk dan terjerit-jerit akhirnya semua itu menjadi sia-sia apabila Ketua mereka pulak boleh sokong GST. 

Paanng!! Satu tamparan buat penyokong pembangkang yang mengikut tanpa memahami apa mereka ikuti. Nampak sangat tiada keselarian maklumat dikalangan pemimpin mereka bersama akar umbi.

Kesudahannya dalam parti mereka, orang atas cakap lain, orang bawah buat lain. Apa nak dihairankan sedangkan suara-suara di antara ketiga-tiga parti PAS, PKR dan DAP sendiri tidak sehaluan dalam banyak perkara.



Dalam isu Kalimah Allah, Pas awal menyokong untuk bukan Islam menggunakannya. Kemudian U-turn setelah ditegur oleh golongan ulamak Pas. DAP pula cukup lantang mengkritik Pas yang berubah pendirian mengenai isu kalimah ini. 

Lebih pelik PKR dari mula sampai sekarang langsung tidak berdecit. Walhal PKR juga terdiri daripada majoriti pemimpin Melayu dan Islam. Macam tak kisah jer bukan Islam menggunakannya. 

Jelaslah dalam pembangkang, tugasan tentang hal ehwal agama diletakkan kepada Pas. Tugasan bagi mengelirukan rakyat kononnya pembangkang dibarisi oleh pejuang agama. Hakikatnya suara Pas tidak mutlak dan sering diperkotak katikan oleh rakan parti.

Sekarang kempen N20 DUN Sg Limau, jentera Pas semakin buntu apabila setiap gerak kerja tidak mendapat momentum yang diharapkan. Maka tiada pilihan lain gamaknya mereka terpaksa membawa masuk Ketua Pembangkang, Anu-war untuk membantu kempen.



Pas sanggup membawa masuk pemimpin yang mereka sendiri tahu bertapa rosak akhlaknya. Pemimpin yang mereka sendiri tahu penuh dengan kepura-puraan dan tidak konsisten dalam isu membabitkan agama Islam. 

Ya Pas tahu akan semua itu, tetapi mereka tetap terus menjaja dan mengheret pemimpin ini ke sana ke mari bagi berceramah dan bertazkirah di masjid! 

Ada orang Pas sendiri tak sanggup nak dengar ucapan dan tazkirah beliau! Sebab tak percayakan dan mual bila memikirkan perangai tak senonoh ketua pembangkang tersebut. Kalau dah tahu buat apa korang benarkan dia bertazkirah!



No comments:

Post a Comment