Wednesday, November 6, 2013

Mari Fahami GST!!

Dari dok layan pembangkang pusing cerita pasal GST. Elok korang baca dan fahami dulu supaya tidak dikelentong hidup-hidup dengan "pakatan kencing pembangkang".

Kenapa GST Diperkenalkan?
Ia merupakan suatu sistem percukaian yang lebih baik dan lebih adil berbanding dengan Cukai Jualan & Cukai Perkhidmatan (CJP).

ANTARA FAEDAH GST:
  • Mengurangkan kos perniagaan
Di bawah CJP, peniaga tidak dapat menuntut sepenuhnya cukai yang dibayar ke atas input perniagaan. Namun, dengan GST, peniaga mendapat manfaat kerana boleh mendapatkan semula cukai input ke atas bahan mentah/barang dan perkhidmatandi setiap peringkay perniagaan. Akhirnya kos perniagaan menjadi rendah.
  • Meningkatkan pematuhan
CJP mempubyai kelemahan yang menyukarkan aspek pentadbiran cukai. GST pula mempubyai mekanisme yang tersedia menjadikan pentadbiran cukai lebih berkawalan kendiri, sekaligus meningkatkan pematuhan.

Mengurangkan karenah birokrasi
Kini urusan lebih mudah kerana tidak perlu agi untui memohon kelulusan pengecualian ke atas bahan mentah.

  • Memberi kesaksamaan
Kadar GST dikenakan secara sama rata antara perniagaan yang terlibat, sama ada di peringkat pengilangan, pemborong, peruncitan atau sektor perkhidmatan.

Menjadikan harga lebih berpatutan kepada pengguna
GST menghapuskan cukai bertindih di bawah CJP. Pengguna akan membayar harga yang lebih berpatutan untuk kebanyakan barang dan perkhidmatan di bawah GST berbanding CJP.

  • Menjamin ketelusan
GST adalah lebih telus dari CJP kerana pengguna akan tahu sama ada barang dibeli atau perkhidmatan diperolehi tertakluk kepada cukai dan amaun yang perlu dibayar.

KADAR & THRESHOLD GST
Kadar GST: 6%
Threshold GST: RM500,000

JENIS BARANG/ PERKHIDMATAN YANG TIDAK DIKENAKAN GST.
Bagi tujuan sosio-ekonomi, barang dan perkhidmatan tertentu tidak dikenakan GST. Antaranya:
  • Makanan asas seperti beras, tepung, gula, minyak masak
  • Pembelian dan penyewaan rumah kediaman
  • Jual beli tanah pertanian
  • Pendidikan
  • Pengangkutan awam
  • Perkhidmatan kesihatan


4 comments:

  1. Good to know! But there are still alot more to expose. Keep up the good work.

    Malaysia should applying GST way long ago. Dont waste or delay it again!

    ReplyDelete
  2. Harap ada maklumat yang lebih detail tentang GST.

    ReplyDelete
  3. Bagus! Mukadimahnya mesti penjelasan yang simple macam ni. Baru orang x terkejut dan marah x tentu pasal.

    ReplyDelete
  4. Ramai tak faham pasal GST. Tapi yang tak faham nilah yang bising bising dan marah marah. Ramai tertipu dgn infografik yang disebarkan oleh pembangkang. Hakikatnya langsung tak betul.

    ReplyDelete