Friday, April 25, 2014

542 Permit Bas Digantung!


Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) memandang serius akan aspek keselamatan dalam perkhidmatan awam. Kegagalan mematuhi aspek keselamatan ini akan dikenakan tindakan tegas yang membawa kepada penggantungan permit.

Untuk makluman dari Ogos 2013, SPAD telah menggantung sebanyak 542 permit kenderaan syarikat bas henti-henti, bas ekspres, bas pesiaran, bas sekolah dan kenderaan perdagangan yang terlibat dalam kemalangan dan telah melanggar syarat-syarat pelesenan serta SPAD – ICOP Keselamatan.

Pada 23 April lepas syarikat bas Transnasional telah digantung permitnya bagi laluan timur sektor utara. Kali ini sebuah lagi syarikat bas digantung permit iaitu Merry Holiday Sdn Bhd berikutan kemalangan pada 20 April 2014 sehingga mengorbankan seorang penumpang.

Penggantungan permit Merry Holiday berkuatkuasa pada 27 April 2014 dan melibatkan sebanyak tujuh (7) permit bas persiaran yang beroperasi di laluan seluruh Semenanjung Malaysia. Pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) tidak akan berkompromi dengan insiden kemalangan sebegini.

Kerana ianya jelas berpunca dari kelemahan pihak pengendali dalam memastikan keselamatan dan mendisiplinkan pemandu mereka. Selain itu, pengendali juga turut gagal mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan dibawah SPAD-ICOP Keselamatan.

Antaranya; tidak memasang GPS pada kenderaan, tidak melantik pegawai keselamatan, gagal memantau kelajuan kenderaan yang terlibat dalam kemalangan tersebut dan gagal melakukan pemeriksaan keatas pemandu sebelum memulakan perjalanan.

Sehubungan ini, SPAD ingin memohon kepada semua pengendali agar sentiasa memberi perhatian yang serius kepada aspek keselamatan penumpang dan pengurusan pemandu serta penyelengaraan kenderaan.

No comments:

Post a Comment