Wednesday, November 6, 2013

2,611 Laman Web Bank Palsu Di Malaysia!!


Mesti ada dikalangan kita pernah menerima email yang menyatakan bahawa "akaun bank anda telah lalui masalah teknikal, sila buat pengesahan bagi mengelak akaun ditutup". Di dalam email tersebut disediakan link untuk diklik bagi membuat pengesahan.

Link yang disediakan itulah yang akan membawa anda ke laman web palsu dengan paparan seiras dengan laman web bank yang asal. Ini bermakna anda antara penerima link ke salah satu dari 2,611 laman web bank palsu di negara ini.

Dengan kerjasama orang awam dan kepakaran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) laman web palsu ini telah berjaya disekat dengan serta merta.

Tapi ini tidak bermakna kegiatan penipuan secara online dengan laman palsu ini terhenti begitu sahaja. Kerana saban hari ada sahaja laman baru dibina dan peratusan kecil daripadanya terdiri daripada laman palsu.

Statistik dari Januari hingga Oktober tahun ini sahaja. Pihak SKMM telah menyekat 2,753 laman web yang melanggar Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan undang-undang lain.

Jumlah sekatan laman web ini adalah termasuk angka laman palsu tadi. Selain itu laman web lain yang turut disekat adalah 103 laman lucah, 10 buah laman yang melanggar Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, 15 buah laman yang melanggar Enakmen Jenayah Syariah, dua laman atas kesalahan melanggar Akta Rahsia Rasmi, dua laman lagi atas kesalahan Kanun Keseksaan dan satu laman di bawah Akta Hasutan.

Sepanjang Januari sehingga Oktober tahun ini juga, pihak Jabatan Penguatkuasaan dan Siasatan (JPS) SKMM menerima 268 aduan yang disiasat di bawah Seksyen 211 dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. 

5 comments:

  1. banyak website fake ini dtg dari luar malaysia.

    ReplyDelete
  2. Semua website fake ni dibuat oleh orang asing. Tapi masih ramai orang kita terpedaya. Kurang penguatkuasaan?

    ReplyDelete
  3. Anon 7:20. Bukan kurang penguatkuasaan!!!! Tapi kurang pengetahuan bagi membezakan yang palsu dengan tulen.

    Kalau semua rakyat kita ada pengetahuan bg membezakan benda fake mcm ni. Rasanya penjenayah siber pun x nak buat keje kat sini. Tak boleh cari makan katanya. :)

    ReplyDelete
  4. Setuju! Ilmu pengetahuan adalah pendinding utama dari kena tipu. Tapi selalunya bila dah terkena baru belajar.

    ReplyDelete
  5. Memg betul, perkara macam ni selalunya dah terkena baru nak belajar. Tapi nak jugak tahu ada tangkapan dibuat ke untuk jenayah siber mcm ni? Mcm x pernah ada sebarang tangkapan pun. Sama ada penjenayah hebat atau polis dan skmm tak reti buat keje!!!!

    ReplyDelete