Saturday, November 2, 2013

Fakta GST Yang Disorok Pembangkang!!!


Kejap tak sokong! Sekarang dah sokong balik GST! Apa punya dol puak pembangkang ni. Pemimpin mereka pun tengah dok kalut macam mana nak pusing cerita GST ni untuk burukkan kerajaan!

Jawabnya mereka sendiri pun tak faham! Tahu main serkap jarang cakap itu ini semua harga barang akan naik dan susahkan rakyat! Bila didedahkan dengan fakta sebenar terdiam dan buntu untuk mainkan hal GST ini.

Langkah mudah! Kata sokong GST! Kemudian pemimpin depa cuba tunjuk pandai bagi nasihat kat kerajaan. Katanya GST perlu dilaksana dengan adil dan tidak membebankan rakyat!

Cakap lepas memang senang. Kalau tanya balik apa langkah adil dan tidak bebankan rakyat tu! Tiada seorang pemimpin pembangkang pun tahu nak bentang proses keadilan untuk GST.


Macam ni lah! Kerajaan dan buat kaji selidik dan tubuhkan jawatankuasa untuk menyelidik pasal GST ni bertahun-tahun. Semua kertas kerja dan cara perlaksanaan pun sudah tersedia dan dibahas dalam jawatankuasa yang terdiri bijak pandai.

Pembangkang setakat ini belum lagi dapat tampilkan kertas kerja bagi membuktikan bahawa GST ini teruk atau baik. Macam biasa bagi air liur jer. Black and white tak berani nak buat dan tunjukan kepada rakyat. 


Paling tidak pun tunjukanlah data buruknya GST kepada penyokong tegar mereka. Supaya tidaklah buat kerja bangang terpekik terlolong menentang GST. Kemudian sendiri termalu apabila pemimpin mereka sendiri pun tak memahaminya.

1 comment:

  1. kalu ada gst, harga kereta, minyak dan gula boleh turun balik ker?
    saja nak tanya..... kalu tak boleh turun, tak payah buat gst laa. Kalu ada gst harga kereta boleh turun 6 % ker, harga gula turun 35 sen ker, harga minyak turun seringgit ker... aku akan pangkah bn pru14 nanti...

    ReplyDelete