Saturday, November 2, 2013

Jentera Pakatan Berkempen Sambil BerHENJUT?!


Jentera pembangkang semakin galak berkempen sehingga ke bahagian luar kawasan Dun Sg Limau. Katanya usaha kempen sebegini perlu bagi meraih sokongan pengundi yang kononnya bekerja atau menetap di luar N20. 

Berkempen ke berHENJUT? Tidak dapat perisik pastikan. Tapi rasanya tak perlulah sampai ke rumah-rumah urut seperti gambar di atas. Usaha seorang jentera pakatan merayu undi di Danok ini terpaksa bersambung sehingga ke dalam kedai dan mengambil masa lebih dua jam!

Difahamkan suasana di dalam rumah urut tersebut menjadi "TEGANG" seketika tetapi berjaya ditenangkan tanpa menggunakan sebarang kata-kata. Bagaimana penyudah kempen merayu undi berkenaan masih kabur sehingga saat ini.

Tapi apa yang pasti gerak kerja jentera pakatan ini telah didedahkan sendiri oleh abang Mat di ceramah beliau baru-baru ini. Memang terbuktilah bahawa jentera pakatan melakukan risikan sampai ke Thailand bagi mengintip "BUAH" yang gebu-gebu. 

Kerajaan Malaysia pun baru sahaja memanggil Duta Amerika dan Australia bagi menjelaskan pengintipan pada talian telefon dan internet di negara ini. Mungkin kerajaan Thailand akan memanggil Duta Malaysia pula selepas ini bagi menjelaskan mengapa ada rakyat kita mengintip rakyat Thai di Danok?!


perisik: Lebarnya senyuman abang mat!

No comments:

Post a Comment