Ini bermakna pembinaan dilakukan dengan menceroboh hak orang. Harus diingat! Arahan mahkamah adalah MEROBOHKAN KESELURUHAN dan keputusan ini adalah mengikut peruntukan undang-undang yang ada.
Tapi kaum India telah dikelentong hidup-hidup oleh pimpinan pembangkang yang memberi harapan kosong kepada mereka. Hakikatnya pemimpin pembangkang tahu, pusing macam mana pun mereka tidak boleh mengubah apa-apa.
Keputusan mahkamah jelas menunjukkan pihak kuil tidak mempunyai sebarang hak atau bukti pemilikan tanah di tapak terbabit. Mana geran?
Tetapi apa yang berlaku tidak seperti yang diharapkan oleh mahkamah! Soalnya mengapa Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan bertindak sebaliknya?
Setelah arahan roboh dikeluarkan mahkamah, pihak DBKL telah mengikut SOP dengan memberi notis pindah dan tempoh yang diberikan amat panjang dari sepatutnya. Bukan satu tapi banyak notis sudah dikeluarkan kepada kuil ni!!
Tidak cukup dengan itu, pihak kerajaan menyediakan tapak baru di Serendah, Selangor manakala pihak pemaju, Hap Seng pula sanggup menanggung sepenuhnya kos perpindahan dan binaan baru untuk kuil terbabit. Dahlah tidak keluar satu sen pun, mereka dapat pulak duit RM50 ribu!!!
Walaupun arahan meroboh SELURUH binaan diputuskan. Ku Nan tetap bagi muka kepada mereka, dengan hanya meruntuhkan binaan haram seperti gerai dan struktur tambahan. Kalau diikutkan semua binaan disitu dibina secara HARAM!
Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel turut mengesahkan kerja-kerja meroboh hanya membabitkan gerai dan bahagian sisi kuil.
"Hanya gerai dan bahagian tepi sahaja yang dirobohkan. Bangunan kuil itu sendiri tidak diusik." Kata Palanivel.
Perisik diberitahu salah seorang Sami yang dihormati oleh penganut Hindu telah pergi memeriksa kuil tersebut. Tetapi terkejut kerana menemui botol-botol arak, brandi dan whisky!!
Ini merupakan penghinaan agama Hindu paling besar yang sengaja didiamkan oleh puak pembangkang!! Apakah penganut Hindu bersetuju dengan penghinaan ini??
"Baru-baru ini kita hantar seorang sami pergi melihat. Dia mahu ke bilik air tetapi telah ditahan. Bagaimanapun akhirnya dia dapat masuk dan terkejut melihat di dalam bilik air itu ada arak, botol brandi dan whisky. Maka, ada orang menyalahgunakan tempat ini. SAMI TELAH MEMINTA IA DIROBOHKAN SERTA MERTA kerana katanya ia amat MEMALUKAN." Kata Ku Nan.
Kuil tersebut juga dikesan melakukan aktiviti yang menyalahi undang-undang. Bukan sekadar kesalahan menjalankan perniagaan gerai makan. Tetapi menjadi port jenayah yang tidak mahu Ku Nan dedahkan.
“Kalau tanah itu bukan tanah dia dan dia bangunkan bangunan secara haram, tak kiralah sama ada kuil, surau, masjid atau gereja, saya akan bagi notis dan kalau degil, akan robohkan." Jelas Ku Nan
Sekarang kuil tersebut terus berada di atas tanah bukan milik mereka? Sudahlah RM50ribu disonglap. Tak perlu pindah. Ku Nan punya baik umumkan pula akan memperindahkan kuil tersebut. Dah bagi semua ni pun masih sombong ka deyy!!
"Kalau ikut cara pembinaan kuil yang betul, ia mesti mempunyai sumber bekalan air. Mungkin kita akan membuat perigi juga. Yang kedua, apabila kita membina kuil, ia mesti mempunyai sebuah "dome" yang mesti menghala ke arah Timur. Ini akan kita perbetulkan. Kita mahu memperindahkan kuil ini supaya ia juga boleh menarik pelancong." Tambah Ku Nan
"Kita tak boleh layan perkara karut seperti ini lagi. Negara ini ada undang-undang dan peraturan. Kita tak mahu orang mengambil kesempatan," tegas Ku Nan.
Kesudahannya yang menjadi hero bukan Waythamoorthy bukan T Mohan bukan Sivarasa bukan juga Surendran. Kerana kuil tersebut kekal atas budi bicara Ku Nan walaupun arahan mahkamah cukup jelas iaitu ROBOH KESELURUHAN!
Penganut bukan Islam sepatutnya bersyukur berada di Malaysia kerana bukan dinafikan hak. Dalam isu kuil ni cuma di arah berpindah.
ReplyDeleteSaya merantau di sekitar Eropah cukup susah bagi umat Islam untuk bina masjid. Masjid ditutup oleh pihak kerajaan adalah. Bukan dipindah!
Di Malaysia, bukan Islam dapat tanah, dapat bantuan. Kuil pulak kalau di Puchong saya lihat lebih dalam 5km radius ada lima buah. Sedangkan masjid ada 2 buah sahaja. Renung-renungkan!