Tidak pernah reda kepincangan yang melanda Pas Kedah. Kepincangan ini pula berpunca dari dalaman parti itu sendiri. Tiada kena mengena dengan orang luar. Sampai ke PRK Sg Limau yang berbaki kurang 24 jam ni pun sudah timbul keriuhan antara Pas sendiri di sini.
Maklumat dari dalaman Pas, melaporkan yang jentera parti bulan tersebut tengah gasak bergaduh sesama sendiri dengan jentera dari luar. Ini berikutan jentera Pas Sg Limau yang menyebarkan risalah menolak DAP dalam kempen kali ini.
Sebab tu lah DAP tak berapa nak datang berkempen kat Sg Limau kali ni. Kalau datang pun sekejap sekejap lepas tu cepat-cepat balik. Tindakan jentera Pas Sg Limau yang anti-DAP ini telah menimbulkan kemarahan jentera Pas luar yang mendewakan parti roket.
Maka berlakulah siri pertikaman lidah sehingga mendesak supaya Pas Sg Limau mengutip semula risalah yang diedarkan berkaitan DAP. Seperti yang perisik nyatakan, inilah spesis parti split personaliti yang berubah-ubah pendiriannya.
Walaupun terang-terangan DAP itu memperlekehkan Pas yang ingin menubuhkan negara Islam ataupun melaksanakan hudud. Namun tetap disanjung malah terus berubah pendirian setelah berada dalam dakapan parti rasis serta parti LGBT, PKR.
Terus sahaja dicampak pegangan yang telah dijunjung sekian lama sejak dari penubuhan parti Pas itu sendiri. Apa boleh buat bila berada dalam pakatan, bermulalah bibit kesesatan dengan penularan pengaruh Anwarinas di dalam Pas.
Akhirnya golongan alim Pas diterajang sedikit demi sedikit dan tinggallah Pas menjadi parti cerminan liberal, sekular dan syiah. Sebab itu suara alim dan ulama Pas semakin hilang taringnya kerana cubaan kelompok ini untuk mendesak pucuk pimpinan keluar dari pakatan telah didiamkan oleh pelopor mentalis Anwarinas.
Pas dgn semua dorang nak gaduh!
ReplyDelete