Monday, May 9, 2016

SPAD: Siasatan Terperinci Nahas Komuter-ETS



Kemalangan rel amat sukar sekali berlaku, malang tidak berbau pada pukul jam 1.45 petang telah dilaporkan perkhidmatan KTM Komuter bertembung dengan perkhidmatan ETS di kilometer 322 berhampiran Stesen Kuala Kubu Baru. Difahamkan seramai tiga orang penumpang cedera ringan dan telah diberikan rawatan segera.

Pasukan Bomba telah menerima maklumat mengenai kejadian tersebut jam 1.50 petang dan telah menghantar anggota bomba dan penyelamat dari Kuala Kubu dan Puchong ke lokasi nahas.

Perkhidmatan KTM Komuter yang membawa13 gerabak dalam perjalanan dari Butterworth, Pulau Pinang ke Pusat Bandar, manakala ETS dengan 6 gerabak pula dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Ipoh, Perak. Punca kejadian ini masih terlalu awal untuk dinyatakan dan orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi terhadap insiden ini.



Pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah mengarahkan siasatan terperinci insiden ini bagi mengenalpasti punca sebenar yang membawa kepada kemalangan ini. Beberapa langkah pencegahan turut dimasukkan supaya ia tidak berlaku lagi di masa akan datang.

Buat masa ini, beberapa pasukan penyelamat dari beberapa agensi bertungkus lumus bagi membuka semula laluan terbabit. Kerja-kerja baik pulih landasan turut dijalankan namun ia mengambil masa agak lama.

No comments:

Post a Comment