Saturday, November 30, 2013

Hobi Baru! Pemandu Teksi Kumpul 4 Waran Tangkap!


Macam-macam kisah kita dengar mengenai pemandu teksi ni, pelbagai salah laku dan pelanggaran undang-undang telah dilaporkan oleh orang ramai terutamanya pelancong yang menggunakan perkhidmatan teksi.

Kesalahan paling galak dilakukan oleh pemandu teksi ini adalah tidak menggunakan meter! Walaupun penguatkuasaan peraturan dan kompaun telah dikeluarkan, ia bagaikan tidak memberi sebarang kesedaran buat mereka. 

Malah dalam beberapa operasi khas bersama penguatkuasa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) turut merekodkan pemandu yang ditangkap tidak menggunakan meter dua kali pada hari yang sama!!

Kali ini dalam Ops Cantas yang sedang galak dilakukan oleh pihak Polis di sekitar ibu negara turut menahan pemandu teksi yang dikesan mempunyai empat waran tangkap! Boleh dikatakan setiap hari ada saja individu yang memiliki waran tangkap ditahan dalam operasi yang bermula berjalan sejak isnin.

Namun dari tujuh individu yang ditahan baru-baru ini tiga daripadanya adalah pemandu teksi yang memiliki tiga atau empat waran tangkap!! Macam-macam hal perangai segelintir pemandu teksi yang suka melanggar undang-undang. 

Ada antara pemandu teksi dan pemilik kenderaan persendirian yang ditahan beritindak luar kawalan dengan memarahi anggota polis, malah ada yang mempersoalkan tindakan polis yang hanya menahan mereka melakukan kesalahan jalanraya, bukannya penjenayah!

Inilah sikap rakyat Malaysia! Mereka ini beranggapan bahawa kesalahan mereka kecil. Tetapi tidak sedar yang kesalahan seperti melanggar lampu merah, melebihi had laju dan sebagainya merupakan kesalahan yang membahayakan nyawa pengguna jalan raya yang lain. Jika tindakan tegas tidak diambil, maka makin berleluasalah salah laku jalanraya hingga membawa kepada kemalangan yang meragut nyawa.

Disebabkan itu pihak polis tidak pernah berkompromi dalam soal membabitkan nyawa dan keselamatan orang ramai dan akan mengambil tindakan tegas mengikut undang-undang.

Ops Cantas Trafik dilakukan melalui kaedah mengadakan sekatan jalan raya bagi memburu 251,273 pesalah trafik yang mempunyai waran tangkap atas pelbagai kesalahan lalu lintas di seluruh negara.

No comments:

Post a Comment