Friday, November 29, 2013

Bakal MB Selangor diumumkan?!


Sejak pengumuman kenaikan gaji "minimum" untuk MB, Exco, Speaker dan ADUN Selangor macam-macam respon kita terima.

Paling banyak kedengaran setakat ini adalah kritikan yang merasakan kenaikkan yang diumumkan oleh MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim tersebut terlalu tinggi. 

Tak tahulah wayang apa sedang dimainkan oleh PKR. Dalam kenaikan ni ada yang marah ada pula senyum sokmo. 

Bang non cuba tunjuk marah, melenting dengar pasal kenaikkan ni. ADUN Bukit Antarabangsa, Azmin Ali anak didik bang non pun tumpang sekaki balun pengumuman Khalid Ibrahim.

Khalid dalam pertemuan bersama media telah diajukan soalan mengenai respon Azmin. "Take it or Leave it" itu kenyataan balas MB gagap kepada Azmin.

Setpol MB Selangor, Faekah Husin pulak backing bos beliau dalam twitter seperti gambar diatas. Beliau dengan sinis menggelar atau menyamakan Azmin sebagai SARKAS.

Puak-puak kaki kipas Azmin melantun dengan kenyataan biadap Faekah kerana menggelarkan "bakal MB Selangor" Sarkas.

Bila melihat telatah orang PKR yang huru hara pasal gaji ni memang cukup rencah dan rasa sebagai ahli Sarkas. Mungkin sebab tu semakin ramai ahli PKR merasa malu untuk berada dalam Pakatan Sarkas. Buktinya 11 ketua cabang di Sabah umum keluar PKR untuk sertai atau menyokong UMNO.

No comments:

Post a Comment