Bulan sudah 1,000 penduduk terlibat dalam program persediaan banjir yang disediakan oleh pihak MP. Kali ini 1,000 anak-anak Kota Tinggi terima bantuan pelbagai kelengkapan persekolahan. Anak-anak ini semua terdiri daripada 26 buah sekolah di sekitar Kota Tinggi yang mendapat perhatian pihak MP untuk menerima bantuan dalam program "Back2School"
Antara barangan persekolahan yang diberikan adalah pakaian seragam, beg, botol minuman, alat tulis, buku latihan dan beberapa kelengkapan lain. Jelas terpancar kegembiraan diwajah anak-anak ini sewaktu disarung beg sekolah berisi kelengkapan disebut tadi.
Ibu bapa juga turut melahirkan rasa syukur dan terima kasih kerana bantuan sebegini mampu mengurangkan perbelanjaan buka sekolah. Yuran percuma, buku teks percuma dan sekarang dapat pula barangan sekolah percuma. Terima Kasih kepada pihak MP dan kerajaan kerana berjaya menggerakkan inisiatif bantuan ini.
Difahamkan Ehsanuddin turut mewakili pihak Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) dengan kerjasama Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dalam merealisasikan program ini sebagai satu tanggunjawab sosial korporat. Penglibatan mereka ini, memberi keceriaan kepada 200 asnaf yang bakal ke sekolah.
Memang banyak program bantuan mikro begini dihulurkan pihak kerajaan melalui ahli-ahli parlimen dan ADUN BN. Namun usaha kecil ini tidak menjadi berita penting dalam mana-mana media perdana. Bukan publisiti yang diharapkan, tapi agak berbulu bila ada yang memekak dan merakayasa cerita sedih anak-anak beg koyak, pakaian lusuh dan duit belanja sepuluh sen. Tidak semena-mena kerajaan pula dipersalahkan dalam situasi ini.
Jika benar sekali pun, tanggungjawab membantu terletak dibahu yang mula-mula mengetahui. Tapi sayangnya orang yang mula-mula sekali tahu, sekadar letak gambar dan komen di dalam Facebook. Dah tu, tidak pula diletak nama penuh dan lokasi tepat anak-anak susah terbabit. Nampak sahaja macam nak bantu, tapi tidak dibantu!
Sepatutnya jika terdapa anak susah ini di dalam satu kejiranan atau di dalam sekolah, pihak jiran atau pihak sekolahlah perlu menjalankan tanggungjawab mereka. Seperti menyediakan tabung bulanan buat anak susah ini dan daftarkan ke jabatan zakat atau jabatan-jabatan yang berkaitan dengan kes begini. Jika buntu, panjangkan kepada para pemimpin setempat seperti ketua kampung, Pengerusi PIBG, ADUN dan Ahli Parlimen. Biasanya mereka tahu hala tuju saluran yang betul untuk mempercepatkan proses bantuan, malah mereka juga yang memberikan bantuan.
No comments:
Post a Comment