Kejadian yang berlaku pada 6.10 petang Jumaat telah dihebahkan oleh ramai blogger dan facebooker bagi membantu pihak berkuasa menjejaki si kecil Joseph.
Akhirnya kanak-kanak terbabit berjaya ditemui oleh seorang pemandu teksi dan seorang pemandu lori hari ini 9 Nov di Taman Tasik Titiwangsa pada pukul 12 .20 tenghari.
Kita seringkali mendengar kejelikan sikap pemandu teksi dan lori di Malaysia yang selalu melanggar undang-undang dan terlibat dengan pelbagai salah laku.
Statistik tangkapan tiga tahun dilakukan dari 2011 hingga 2013 oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) terhadap lori dan teksi juga menunjukkan melebihi 8,000 kes.
Yang lori selalu dikaitkan dengan kesalahan berat lebih muatan. Yang teksi pula tak henti-henti dicekup tak guna meter. Macam tak ada yang baik pasal dua kategori pemandu ni.
Kata orang, dalam setandan pisang takkan semuanya busuk. Kurang 24 jam Joseph dilaporkan hilang, beliau telah ditemui oleh pemandu lori, Hamid Md Isa, 57 dan pemandu teksi Haris Mohd Nor, 48 tahun yang melihat kanak-kanak itu berseorangan dan keletihan.
Dua warga prihatin ini telah menjaga serta memberi makan dan minuman kepada Joseph. Polis yang tiba di Taman Tasik Titiwangsa kemudian membawa Freddie ke Balai Polis Jalan Tun Razak di ibu kota.
Ibunya Sarah, 38 tahun menceritakan detik cemas dimana beliau didatangani oleh dua suspek seorang lelaki dan seorang wanita berkereta Toyota Camry dan bertindak melarikan anaknya.
Si ibu nekad menjerit meminta pertolongan dan bergelut menghalang suspek. Akibat pergelutan itu, beliau cedera di pergelangan tangan.
Pihak polis masih memburu suspek dan sedang menyiasat motif penculikan ini. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah percaya kedua-dua suspek itu dikenali keluarga mangsa culik berkenaan.
Dijangka tangkapan akan dilakukan dalam masa terdekat kerana Tasik Titiwangsa dikelilingi kamera litar tertutup (CCTV) dan pihak polis sedang meneliti rakaman yang ada.
Tahniah kepada dua warga prihatin tadi. Penghargaan sepatutnya diberikan kepada mereka kerana membantu pihak polis menemui kanak-kanak terbabit.
SPAD turut merasakan dua pemandu ini merupakan contoh terbaik yang harus ditonjolkan dalam industri perkhidmatan awam negara.
Pasal perangai segeilintir pemandu teksi yang suka ambil kesempatan dengan tidak menggunakan meter. Terus rosak tanggapan penggun terhadap mereka.
ReplyDelete