Melihat kepada peningkatan ini, tidak hairanlah jalanraya atau lebuhraya yang sebelum ini lengang boleh menghadapi kesesakan, manakala yang sudah sesak bertambah-tambah sesak dengan jutaan kenderaan setiap hari. Lebih menggusarkan apabila kesesakan ini pula, sudah mula berlaku diluar waktu puncak!
Menyedari keadaan ini, kerajaan melalui Suruhajaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sudah mengetengahkan beberapa pelan untuk mengatasi masalah kesesakan jalanraya dan buat masa ini fokus awal diberikan terhadap Lebuhraya Persekutuan yang sentiasa dipenuhi kenderaan sepanjang masa.
Antara langkah yang akan diambil adalah dengan mewujudkan lebih banyak sistem BRT yang dikenali sebagai 'Bus Rapid Transit' atau Bas Aliran Deras. Untuk mudah faham, BRT ini bolehlah dikatakan seperti MRT (Transit Aliran Massa) dan LRT (Transit Aliran Ringan) yang bergerak di atas rel landasan. Manakala BRT ini pula akan beroperasi dengan menggunakan lorong khas bagi laluan bas.
SPAD telah mengenalpasti 12 koridor laluan bagi Wilayah Greater KL dan laluan KL-Klang merupakan salah satu koridor BRT yang berpotensi dan projek ini dijangka siap pada 2016. Sebanyak 29 stesen BRT akan dibina di sepanjang laluan berkenaan.
Pelan pembangunan kemudahan BRT ini dilihat lebih murah daripada menambah jajaran atau membina perkhidmatan rel yang baharu. Kos selenggara kenderaan serta laluan juga amat minimum berbanding perkhidmatan LRT dan MRT yang lebih kompleks.
Apabila siap kelak, pengendali BRT dapat meningkatkan mutu perkhidmatan, operasi dan jumlah pengangkutan awam dengan lebih berkesan. Para pengguna pula dijangka menikmati mutu perkhidmatan lebih berkualiti dengan masa perjalanan lebih pendek dan selesa.
Laluan khas BRT ini akan beroperasi dengan kelajuan purata 45 kilometer sejam dengan kekerapan 30 saat. Ini sekaligus dapat mengembalikan kebolehpercayaan pengguna terhadap pengangkutan awam yang selama ini dirundum dengan masalah kelemahan perkhidmatan terutama dalam menepati masa.
Kekerapan 30 saat itu mungkin akan dilaksanakan pada waktu puncak sahaja dimana lebih ramai pengguna memerlukan perkhidmatan di masa tersebut. Selain dari waktu itu kekerapan mungkin akan dijarakkan kepada 15-30minit kerana kecekapan pengangkutan awam bukan tertumpu kepada ketepatan masa sahaja tetapi turut melibatkan jumlah pengguna semasa.
Sebagai satu tambah nilai, SPAD bolehlah mempertimbangkan bas khas untuk Wanita sahaja apabila laluan BRT ini diperkenalkan. Ia sama seperti penyediaan koc untuk wanita dalam perkhidmatan Rel.
No comments:
Post a Comment