Penyelarasan ini diumumkan setelah melalui proses interaksi bersama kumpulan sasaran selama beberapa tahun iaitu pengendali teksi, pemandu teksi dan pengguna. Kali terakhir penyelarasan kadar tambang teksi dibuat adalah enam tahun lalu pada 2009.
Perubahan tambang teksi ini hanya menyentuh kadar jarak dan masa perjalanan. Manakala kadar pemula atau kadar kilometer pertama/ 3 minit pertama dikekalkan sebanyak RM3. Berikut adalah perbandingan kadar tambang lama dan baharu untuk gambaran jelas.
1) Kadar Lama Teksi Bajet:
Kilometer pertama/3 minit pertama: RM3
Jarak: RM0.10 untuk setiap 115 meter
Masa: RM0.10 untuk setiap 21 saat
Kadar Baharu Teksi Bajet:
Kilometer pertama/3 minit pertama: RM3
Jarak: RM0.25 untuk setiap 200 meter
Masa: RM0.25 untuk setiap 36 saat
2) Kadar Lama Teksi Bajet Pulau Pinang:
Kilometer pertama/3 minit pertama: RM4
Jarak: RM0.10 untuk setiap 115 meter
Masa: RM0.10 untuk setiap 21 saat
Kadar Baharu Teksi Bajet Pulau Pinang:
Kilometer pertama/3 minit pertama: RM4
Jarak: RM0.30 untuk setiap 200 meter
Masa: RM0.30 untuk setiap 36 saat
Harga per kilometer: RM1
Kadar Baharu Kereta Sewa
Harga per kilometer: RM1.25
4) Kadar Baharu Teksi 1 Malaysia (TEKS1M)
(i) Lembah Klang & Johor Bahru
Kilometer pertama/3 minit pertama: RM4
Jarak: RM0.30 untuk setiap 200 meter
Masa: RM0.30 untuk setiap 36 saat
(ii) Pulau Pinang
Kilometer pertama/3 minit pertama: RM4
Jarak: RM0.35 untuk setiap 200 meter
Masa: RM0.35 untuk setiap 36 saat
Dengan pengumuman ini, para pengendali dan pemandu teksi perlulah membawa kenderaan mereka ke PUSPAKOM untuk dikalibrasikan atau diselaras semula meter teksi mereka supaya selari dengan kadar baharu. Selepas meter diselaras barulah, para pengendali dan pemandu dapat mengenakan tambang baharu tersebut kepada penumpang.
Proses kalibrasi meter ini akan memakan masa panjang memandangkan ia melibatkan puluhan ribu teksi di seluruh Semenanjung Malaysia.
No comments:
Post a Comment