Ia ekoran pendedahan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebelum ini menyebut bahawa ibu negara dibanjiri oleh 6.8 juta ekor tikus. Beberapa lokasi panas sudah pun dikenalpasti sebagai sarang pembiakan tikus.
Antaranya pasar Chow Kit, pasar Pudu dan pasar Keramat. Usaha membanteras pembiakan tikus ini perlu dilakukan bagi memelihara kebersihan serta mengelak jangkitan penyakit.
Kerja-kerja pembersihan akan bermula di pasar Chow Kit selama tiga hari maka operasi pasar akan tergendala mulai esok 12hb sehingga 14hb November.
Ramai peniaga mempertikaikan tempoh penutupan yang lama. Tapi apa yang mereka tidak tahu adalah prosedur pembersihan bagi berhadapan dengan makhluk vektor pembawa penyakit seperti tikus ini.
Difahamkan hari pertama, operasi meracun akan dilakukan. Jangka masa racun untuk bertindak balas atau menunjukkan kesan memakan masa berjam-jam dan perlu diingat kita berhadapan dengan jumlah tikus yang mencecah angka ribu. Jadi sehari memang tak mencukupi.
Hari kedua pula operasi mengesan dan membersih bangkai-bangkai tikus akan dijalankan. Hari terakhir pula pembasmian kuman serta menghilangkan kesan racun dan sebarang anasir yang berbahaya.
Jadi para peniaga harus fahami kerana tugas DBKL ini bukan mudah dan bukan juga berniat menyusahkan peniaga semua, kerana ia bagi memastikan kesan yang lebih efisien supaya pembiakan tikus dapat dibendung sebaik mungkin.
No comments:
Post a Comment