Mereka telah dipenjara atas alasan menghina mahkamah. Satu pengajaran? Ya pengajaran disini bukan sahaja untuk pihak penulis, blogger dan seangkatan dengannya, malahan buat peguam-peguam BN dan NGO-NGO pro kerajaan.
Ini kerana bagi kebanyakan kami yang tidak memahami selok belok perundangan bolehlah dimaafkan. Tetapi bagi mereka yang mempunyai lesen peguam? Nilai sendiri!
Dalam hal berkaitan Hina Mahkamah ini! Rasanya pembangkang dari peringkat blogger-blogger hingga ke para pemimpinnya telah melakukan banyak penghinaan mahkamah!
Lihat sahaja pada kes Liwat II yang berlangsung selama lebih dua tahun! Berapa banyak kenyataan dan penulisan telah didapati menghina mahkamah! Namun tiada langsung tindakan di ambil! Lagi Hina Mahkamah Baca Sini!
Perisik difahamkan kes Pak Yim dan Zanuddin ini telah dilaporkan serta difailkan oleh peguam pembangkang untuk tindakan! Akhirnya mereka mendapat kejayaan!
Bagaimana boleh barisan pro kerajaan gagal melakukan perkara serupa terhadap para penghina mahkamah sebelum ini! Mengapa tidak dilapor serta difailkan di mahkamah terhadap semua si penghina ini!?
Adakah mereka Takut? Simpati? Tak Ambil Peduli?
Kepada yang kurang memahami bagaimana seseorang itu boleh dikatakan menghina mahkamah sila baca artikel ini:
Menghina-Mahkamah - Pembangkang Menjadikannya Sebagai Alat Menyekat Kebebasan Bersuara.
Selepas ini diharap barisan jentera pro kerajaan tidak lagi terlepas pandang atau diam menikus bila penghinaan mahkamah dikesan datang dari pihak pembangkang. Jadikan kes ini sebagai rujukan!
No comments:
Post a Comment