Friday, November 1, 2013

Bandar Tikus!! Di Malaysia!!


Pihak DBKL telah mendedahkan kira-kira 6.8 juta ekor tikus bersarang di ibu negara dan angka tersebut empat kali lebih banyak berbanding populasi penduduk Kuala Lumpur!

Amat memalukan bagi negeri yang menjadi lokasi utama perniagaan dan pelancongan dalam dan luar negara dibanjiri oleh salah satu haiwan vektor pembawa penyakit.

Banyak sampai berjuta, apa orang KL ternak tikus ke?! Tak kan tikus ni nak dijadikan salah satu daripada tarikan pelancongan pula?! Atau makanan eksotik untuk santapan pelancong! Sebab perisik ada terbaca mengenai tikus dijadikan hidangan ala ayam kampung. Uweekk!

Apa yang pasti, orang ramai jangan pula ambil jalan mudah menuduh DBKL diam menikus tak buat kerja. Sedangkan kebersihan bandaraya ini merupakan tanggungjawab rakyat bersama.

Perkembangan yang membimbangkan ini telah mendapat perhatian Menteri Wilayah Persekutuan, DS Tengku Adnan yang telah mengarahkan kerja-kerja pembersihan dilakukan melibatkan DBKL dan Kementerian Kesihatan.

Kerja-kerja pembasmian tikus akan bermula di kawasan pasar kendalian DBKL. Pasar Chow Kit menjadi lokasi pertama dan operasi perniagaan akan tergendala bagi memberi laluan kerja pembersihan dilakukan.

Dari makluman orang ramai dan kaji selidik terhadap pasar berkenaan,  didapati ada segelintir peniaga melanggar peraturan termasuk larangan menyembelih ayam.

"Buat masa ini kita bersihkan dulu Pasar Chow Kit dan akan disusuli dengan Pasar Pudu" kata Tengku Adnan.

Jadi pihak peniaga pasar perlu memberikan kerjasama supaya akur dengan keputusan untuk menutup pasar yang terlibat buat sementara waktu.

Bertindak sekarang! Jangan tunggu sampai negara luar menggelar Kuala Lumpur bandaraya tikus terbesar di dunia.

5 comments:

  1. Memang dari dulu pasar chow kit penuh dgn tikus. Bnyk mcm mana pun tikustu, orang luar dn dalam kl tetap dtg beli. Malaysia ku hebat!!!

    ReplyDelete
  2. Cadangkan supaya tikus-tikus tu semua dieksport untuk pasaran China. Sebab dorang kat sana makan apa saja. Hasil jualan dapat juga dijadikan untuk bantuan subsidi turunkan harga gula!! Tak pun tarif elektrik!!

    ReplyDelete
  3. kg baru pun byk,bspah2 dlm lgkang.

    ReplyDelete
  4. Sendiri yg x ada kesedaran!.... Buang sampah merata-rata.... Baik yg tua / muda, semua sama shj!... Apa di sekolah x belajar ttg kebersihan ke?... Pelik betul lah org-org yg mcm nie!.... Sampaikan dalam longkak pun penuh dgn sampah!... Mcm mana lah x banjir selalu berlaku!... Kadang-kadang tue tong sampah sampai terlalu penuh sampai nak muntah terkeluar sampah tue!... Apa x pernah bersihkan ke?... Pelik-pelik!... Cuba lah kurangkan membuat sampah!.... Benda-benda, ada yg boleh dikitar semula!... Jangan pakai buang je!.... Bila dah banyak sangat sampah bersepah-sepah, x di bersihkan... En.T mula lah berkerumun!....

    ReplyDelete
  5. Bila rakyat kurang kesedaran sivik, jutaan "mickey mouse" pula bermaharajalela! Mungkin pasar chow kit, pudu, keramat, dan kawasan2 yang sewaktu dengannya boleh diangkat sebagai kawasan tarikan pelancong ala2 Disneyland.

    Ya lah kita dah ada Legoland di Johor.. Mungkin di KL kita boleh panggil "TikusLand"

    ReplyDelete