Wednesday, September 21, 2011

Innovasi Industri Pemasaran Pemakanan Untuk Warga FELDA


Matlamat FELDA 2012 untuk memasarkan produk keluaran usahawan FELDA di bawah Program Satu Wilayah Satu Industri (SAWARI) dilihat berjaya apabila FELDA telah  mengetengahkan 15 jenis produk makanan terdiri daripada sejukbeku dan kerepek yang melibatkan 7 orang pengusaha warga FELDA untuk pasaran antarabangsa.


Bilangan produk ini dijangka bertambah di masa-masa akan datang supaya pengusaha-pengusaha makanan di kalangan warga-warga FELDA yang berpotensi dapat memperoleh faedah dari operasi pemasaran yang di jalankan oleh FELDA ini.


Untuk memastikan usaha pemasaran ke peringkat antarabangsa berkembang pantas. FELDA telah membentuk satu persefahaman dengan E Frozen Food PTE LTD pada 19 September 2011 lalu. 


Usaha ini di jangka dapat mewujudkan rangkaian produk makanan keluaran usahawan FELDA khususnya makanan sejukbeku dan kerepek untuk ke pasaran Australia, Dubai dan Singapura.


Memorandum Persefahaman antara FELDA dan E Frozen PTE LTD
Respon positif telah pun diterima hasil dari persefahaman ini, apabila produk seperti Roti Canai dan Popia Gulung sejukbeku sudah menampakkan potensi di pasaran Singapura.

Selain memasarkan produk sedia ada, FELDA dan E Frozen akan bekerjasama dalam menjalankan kajian untuk pembangunan produk baru yang telah dikenalpasti mampu menembusi pasaran antarabangsa.

Sebelum persefahaman ini dibentuk, FELDA telah pun berjaya mengeskport kerepek ubi hasil usaha warga FELDA ke pasaran United Kingdom.


Tidak lama lagi produk FELDA bakal menembusi pasaran China apabila pihak pengurusan FELDA telah menerima permintaan dari Tesco Beijing untuk produk  kerepek Pisang dan Ubi.


15 produk yang berpotensi untuk dieksport


No Produk-produk

1 Mini Popia Gulung

2 Roti Canai

3 Pisang Goreng

4 Getok Ubi

5 Getok Ubi Merah

6 Kasturi

7 Cucur Badak

8 Karipap Kentang

9 Samosa Kentang

10 Popia Otak-otak

11 Donut

12 Pau Goreng Kacang Merah

13 Pau Goreng Sambal

14 Chip Ubi

15 Chip Pisang




3 comments:

  1. salam,
    boleh dapatkan untuk saya sumber artikel ini tak?
    terima kasih

    ReplyDelete
  2. salam,
    boleh tolong dapatkan saya sumber artikel ini
    terima kasih

    ReplyDelete
  3. Salam,
    Artikel ini ditulis sendiri selepas hadiri sidang media di Felda jalan semarak pada tahun2100

    ReplyDelete