Tertanggal kopiah, songkok dan serban orang-orang PAS apabila mendengar sendiri kenyataan Nasharuddin mengenai permasalahan ummah negara ini yang berpecah-belah kerana gilakan kuasa.
Ucapan spontan Nasha selama 20 minit di dewan PWTC tempoh hari secara umumnya adalah untuk menyedarkan kita tentang Kedaulatan Islam di negara ini yang semakin terhakis.
Banyak kali kita melihat bagaimana Kedaulatan Islam negara ini teruji oleh musuh-musuh yang merupakan warga negara kita sendiri.
Bermakna musuh yang sudah pun mengetahui garis panduan, perundangan dan intipati perlembagaan mengenai kedudukan agama Islam di Malaysia.
Sudah tahu! Tapi mereka tetap sengaja menghidupkan api kemarahan dengan melakukan gerakan yang mencabar kedaulatan Islam. Seperti cubaan untuk merubah Malaysia menjadi negara Kristian.
Perkara ini dikukuhkan oleh pengalaman Nasha sendiri apabila mendakwa satu majlis kesyukuran telah diadakan selepas pilihanraya negeri Sarawak dimana ada doa dibuat agar Malaysia menjadi negara Kristian.
Antara lain intipati ucapan Nasha:
"Adakah agama mengajar umatnya meletakkan ajaran Islam di tempat kedua semata-mata mahu mendapatkan kuasa?"
"Saya pernah bertanya dua kali kepada seorang pemimpin Islam, adakah dalam sejarah kemenangan umat Islam, pernah dibantu oleh orang bukan Islam? Beliau (pemimpin Islam) menjawab kemenangan Islam dari dulu sampai bila-bila berada di tangan umat Islam sendiri sahaja."
"Kita amat bimbang jika berlaku keadaan habis madu sepah dibuang. Amat dukacita jika kita mengambil sikap terlalu kuat mengutamakan ikatan politik daripada menjaga agama dan mempertahankan agama Islam kita sendiri"
"jika umat Islam negara ini terus berpecah belah, apakah yang bakal terjadi kepada umat untuk lima, 10 atau 15 tahun lagi?"
"Pendirian saya jelas. Boleh kata semua tau pendirian saya. Saya tak takut nyatakan pendirian saya".
terbaik.. ustaz
ReplyDelete