Saturday, May 4, 2013

Bekas Hardcore Pembangkang Akui Transformasi BN!


Ini kata beribu-ribu ahli akar umbi PAS-DAP-PKR dari seluruh negara yang umum keluar parti setelah lebih empat tahun bersama pembangkang! Rata-rata yang keluar ini sudah melihat dan membuat perbandingan track record yang ditunjukan oleh Kerajaan BN dengan pembangkang!

Mereka mengaku selama menjadi penyokong tegar pembangkang, para pemimpin pakatan haram hanya sibuk berceramah dan berseloka di atas pentas dengan pengisian memburuk-burukkan kerajaan! Lama kelamaan mereka sedar segala yang disuapkan oleh pemimpin mereka adalah fitnah dan cerita yang sengaja diada-adakan.

Rakyat dapat menilai, mengapa ahli-ahli yang dikategorikan sebagai hardcore pembangkang selama ini boleh hilang kepercayaan kepada parti PAS-DAP-PKR. Tindakan mereka ini adalah atas kesedaran sendiri serta hasil penilaian dalam beberapa isu melibatkan pembangkang.

Mereka yang keluar dari parti pembangkang ini melihat bertapa mustahilnya pembangkang untuk memerintah negara ini dengan dasar yang bercanggah di antara ketiga-tiga parti.

Sebagai contoh:

Kebanyakan dasar yang diketengahkan PAS sering bercanggah dan diperkotak-katikan DAP-PKR. Selain tiga perkara pokok itu, pembangkang langsung tidak mempunyai sebarang track record membanggakan di empat negeri yang dikuasai mereka. 

Berapa jumlah pelaburan baru yang dibawa masuk? Berapa jumlah peluang pekerjaan yang disediakan untuk rakyat? Berapa jumlah bantuan kepada rakyat? 



Balik-balik pusing cerita sama, air percuma. Takkan empat tahun memerintah, ini sahaja mampu mereka banggakan. Duit peruntukan dalam kerajaan Selangor ada berbillion. Tapi tak kan di belanja untuk air percuma sahaja? Mana hilangnya peruntukan yang lain?

Lagi pun air percuma ni, tidak sampai kepada golongan sasaran. Yang berpendapatan rendah duduk di flat perumahan rakyat dinafikan terus dari menerima air percuma. Sedangkan pemimpin pembangkang yang duduk di rumah banglo mewah pula mendapat 20 meter padu air percuma. Adakah rakyat ingin melakukan kesilapan ini sekali lagi?



Di Kelantan, nak cerita pun sedih. Sehinggakan ribuan bekas ahli-ahli PAS merayu kepada pengundi yang menetap di luar Kelantan. Supaya jangan seksa kami yang duduk menetap di Kelantan. Kerana anda lepas undi PAS, anda keluar balik menetap di negeri lain di Semenanjung. Anda menetap di negeri yang di perintah BN yang cukup segala kemudahan dan banyak peluang pekerjaan. Kami yang menetap di Kelantan nak TUKAR kali ni!



Anda tidak rasa apa yang telah kami rasai selama lebih 20 tahun terseksa di bawah kerajaan PAS! Anda tidak nampak penyelewengan akidah yang dilakukan PAS! Anda tidak nampak penyelewengan duit seperti kami (bekas ahli-ahli PAS)! Anda tidak melihat bertapa banyaknya fatwa dan sikap pemimpin PAS yang bercanggah dengan ajaran Islam sebenar! Jadi tolong hentikan penyeksaan terhadap kami!

57 Janji BN Page1jpg
57 Janji BN  Inside

Pulau Pinang di perintah DAP juga tidak mampu memberikan bukti konkrit kejayaan mereka di sana. Apa yang mereka megahkan adalah amalan double standard yang meminggirkan kaum bumiputera! 

Paling merbahaya adalah tindakan pembangkang terutamanya DAP mengadakan komplot terancang bersama Singapura dan Israel bagi mengganggu kelancaran proses pilihanraya di negara ini.

Mereka kononnya memperjuangkan keadilan tetapi terus menerus menafikan hak sesuatu kaum lain. Paling terasa adalah kaum india di mana tiada langsung dasar yang memperjuangkan hak dan nasib mereka di dalam manifesto pembangkang.

Sedangkan Kerajaan BN tidak kira kaum dan latar belakang ideologi politik tetap mendapat bantuan sama rata di seluruh negara. Lihat sahaja program BR1M yang dilancarkan, pemimpin parti PAS sendiri beratur awal pagi hendak mendapatkan BR1M. Adakah Kerajaan menafikannya? Tidak sama sekali, mereka ini tetap menerimanya.



Perisik: Rakyat mampu melihat jelas bahawa Barisan Nasional (BN) adalah parti yang paling layak menerima mandat memerintah negara ini. Sedangkan pakatan PAS-PKR-DAP terus menerus gagal dalam menzahirkan sebarang bukti.

2 comments:

  1. Alhamdulillah kalau BN dapat balik Selangor dan Kelantan dan Kedah. Parti suka kafirkan orang, tak boleh pertahankan kalimah Allah, kata tidak wujud Negara Islam hanya Negara kebajikan - parti Islam apa benda??

    ReplyDelete
  2. So mana pelaburan 1.3 trillion tu? yg nampak sekarang company bermasalah !MDB je dgn hutang berbilion ringgit tu..

    ReplyDelete