Wednesday, May 22, 2013

Cara Halal Guling Kerajaan!


Pembangkang nampaknya terbahagi kepada dua kelompok dalam cubaan menjatuhkan kerajaan. Hala tuju sama tapi pendekatan sahaja berbeza. Ada kelompok ingin menafikan kewujudan kerajaan sekarang dengan cara sah di sisi undang-undang. Kelompok yang lain pula cuba dengan pendekatan ganas yang bertentangan dengan undang-undang.

DAP dan PAS menolak cubaan agresif rakan parti mereka PKR dalam menolak keputusan PRU13 yang memihak kepada Barisan Nasional. Pelbagai alasan ditimbulkan pembangkang seperti isu pengundi hantu, blackout, dakwat kekal dan peti undi hilang. 

Lawaknya segala pendedahan yang dilakukan pembangkang setakat ini hanya air liur sahaja. Bila di minta bukti nyata! Macam-macam dolak dalih diberikan. Senang cakap bukti langsung tak ada! 

PAS-DAP akan membantah keputusan PRU ini melalui petisyen seperti yang diperuntukan undang-undang dan perlembagaan. Segala bukti dakwaan mereka akan dilampirkan bersama, untuk dibawa ke mahkamah nanti.

Lain pula halnya buat PKR, walaupun dua rakannya telah menegur jangan mengheret rakyat ke jalan raya. Namun PKR tetap berdegil dan sengaja memilih kekecohan bagi melakukan bantahan dengan berarak di lokasi tumpuan orang ramai.

Sebab itu seminggu kebelakangan ini, banyak bantahan ganas dilakukan atau dimulakan oleh PKR sahaja. Berdegar-degar sana sini, PKR hanya mampu menampilkan budak setahun jagung untuk bikin kecoh. Kesudahannya mamat dol tu di reman lima hari oleh polis.

Tidak lama lagi, akan tampil lagi beberapa orang pemimpin bersama beberapa NGO  pro-PKR untuk menggerakkan siri kekecohan ini. Momentum demo bersiri dan berulang-ulang ini penting buat PKR bagi menggambarkan kepada dunia luar bahawa keputusan PRU13 adalah tidak sah.

Para penyokongnya mungkin tidak sedar yang semakin banyak negara-negara di luar sana mengiktiraf sistem Pilihan Raya Malaysia sebagai telus dan terbaik. Akibat kedegilan pemimpin mereka, PKR bertindak menipu para penyokong mereka untuk turun berdemo serta menolak idea PAS-DAP membuat bantahan melalui mahkamah!

No comments:

Post a Comment