Friday, May 31, 2013

Pembinaan Jajaran MRT2 Bakal Bermula!


Kerajaan terbukti komited mentransformasikan pengangkutan awam negara ke tahap efisensi tinggi. Efensi yang dapat kita lihat adalah dalam memudahkan mobiliti rakyat ke sesuatu destinasi dan juga mengawal kadar kesesakan sekaligus mengurangkan pencemaran alam. 

Antara langkah awal ke arah  keselesaan rakyat terutamanya di sekitar Lembah Klang, kerajaan telah memulakan projek pembinaan Transit Aliran Massa (MRT) yang menghubungkan Sungai Buloh ke Semantan.

Perancangan membina laluan MRT ini tidak terhenti di situ apabila kerajaan melalui Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah pun memulakan kajian terperinci bagi memastikan laluan yang bersesuian untuk jajaran MRT kedua yang bakal menghubungkan Semantan ke Kajang.

Pihak MRT Corp setakat ini berpuashati dengan cadangan awal yang dikemukakan oleh SPAD berhubung jarak jajaran dan jenis pembinaan yang akan dilaksanakan. Sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi setelah semua cadangan SPAD mendapat kelulusan kerajaan. 

Gabungan dua jajaran ini membabitkan jarak sepanjang 51 kilometer dengan 31 stesen perhentian yang bakal menjadi medium pengangkutan pilihan utama untuk 1.2 juta warga kota.

Buat masa ini, pembinaan jajaran pertama MRT sudah mencapai tahap 14 peratus dan keseluruhan projek ini dijangka siap sepenuhnya pada akhir 2016, manakala jajaran kedua disasarkan selesai menjelang Julai 2017.

Pembinaan jajaran MRT pertama dan kedua ini bakal melengkapkan pembangunan rel bandar di bawah Pelan induk Pengangkutan Lembah Klang iaitu Greater KL.

No comments:

Post a Comment