Biar kita sentuh sikit hal Amerika ni! Kalau kita ambil kes pilihanraya di Amerika, pernah berlaku ketegangan sehingga keputusan pilihanraya mereka telah dibawa ke Mahkamah Agung untuk di muktamadkan.
Persaingan pada tahun 2000 antara George W. Bush dan Albert Gore masing-masing telah menghantar petisyen, lampirkan bukti, failkan kes dan segala macam laporan bagi mempertahankan kedudukan. Akhirnya keputusan berpihak kepada Bush.
Tiada pula sampai nak berdemo, berhimpun atau berarak ke jalan raya bagi membantah keputusan pilihanraya.
Jadi bang non tak payah dok kalut! Pergi buat petisyen bantahan! SPR sendiri dah nasihat pasal ni. Lepas tu lampirkan bukti! Jangan cakap mulut jer! Jangan kibar-kibar kertas A4 ntah apa, lepas tu cakap ini bukti! Tunjuk bukti nyata, bergambar dan saksi. Dah tu pergi buat laporan polis! Apa yang lambat sangat nak buat semua ni!?
Jawabnya mudah! Pembangkang tak ada semua bukti tu!
Ya lah...reka cerita karut guna mulut macam ni memang senang, berbanding dengan reka bukti bergambar dan sebagainya. Apa nak pelik, sebelum ni pun bahan bukti dengan mengaitkan Najib dengan kes Scorpene pun dorang boleh reka inikan pulak cerita ni!
No comments:
Post a Comment