Thursday, May 16, 2013

Teksi Limo KLIA Goyang Kehadiran Teksi Bandar



Tak salah nak menyuarakan kebimbangan yang berbuku di hati. Tapi perkara ini baru hendak bermula dah di andai sebagai masalah? Adakah ini cara yang betul! Bagilah ruang masa! 

Semalam 15 Mei pemandu teksi bandar secara rasminya mula beroperasi mengambil dan menurunkan penumpang di KLIA.

Sayangnya selepas sahaja diumumkan oleh Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar. Sudah timbul kegusaran di kalangan pemandu teksi limo yang bimbang kemasukan teksi bandar ini akan menjejaskan periuk nasi mereka. 

Perisik difahamkan langkah membawa masuk teksi bandar ini tidak dilaksanakan sewenang-wenangnya tanpa mengambil kira pendapat pemilik syarikat airport limo (ALM) serta para pengguna dalam dan luar negara. 

Beberapa masalah serta penyelesaian telah diketengahkan oleh semua pihak (SPAD, pengusaha dan pengguna) dan hasilnya membawa masuk teksi bandar ini dipilih bagi menyelesaikan isu yang terpaksa dihadapi oleh para penumpang yang kini berjumlah 25,500 orang sehari di KLIA. 

Untuk pengetahuan para pemandu teksi limo, perlaksanaan membawa masuk teksi bandar ini masih dalam tempoh percubaan selama tiga bulan. Ia belum diputuskan sebagai operasi tetap.  

Tempoh percubaan ini penting bagi SPAD, pengguna dan pengusaha teksi limo menilai baik buruknya membawa masuk teksi bandar ini. Tidak adil, jika kita terus sahaja mengandaikan teksi bandar ini sebagai beban! 

Ibarat bayi baru belajar berjalan sudah kita katakan tempang! Sepatutnya kita biarkan ia berjalan dahulu untuk seketika dan lihat perkembangan serta hasilnya selepas itu. Jangan terburu-buru.


teksi-limo-03

Jika diperhatikan sebelum ini, tiada teksi bandar mengambil penumpang pun sudah seribu satu masalah kita terima dari para pelancong dan pengguna tempatan. Masalah ini bukan baru, malah sudah berlarutan sejak 2008! Satu masa yang agak lama untuk dibiarkan dari pengangkutan teksi di negara ini terus dicemuh dan dihina oleh pelancong. 

Oleh yang demikian, sebaik-baiknya kita melihat sejauh mana efektifnya langkah ini, cuba kita nantikan hasil laporan dari setiap sudut dan barulah kita putuskan sama ada ia baik atau tidak untuk terus beroperasi di KLIA.

1 comment: