Tafsiran popular yang digunakan Anwar adalah jumlah pengundi yang memilih pembangkang pada PRU lalu. Walhal perundangan dan perlembagaan sistem pilihanraya bagi membentuk Kerajaan di negara ini tidak berlandaskan undi popular.
Kalau kita terperincikan kemenagan majoriti undi di peringkat negeri, Pembangkang hanya mendapat kiraan undi melebihi BN di lima negeri seperti berikut:
- Kelantan
- Penang
- Perak
- Selangor
- KL
- Perlis
- Kedah
- Terengganu
- Pahang
- Negeri Sembilan
- Johor
- Melaka
- Sabah
- Sarawak
- WP of Labuan & Putrajaya
Sekarang kita soal balik, siapa lebih popular!?
Jelaslah bahawa Anwar cuba mengelirukan rakyat dengan menghintung jumlah pengundi memilih pembangkang sebagai kayu pengukur untuk menjadi Kerajaan dan Perdana Menteri.
Sedangkan kiraan sebenar adalah berdasarkan kemenangan jumlah kerusi Parlimen dan ADUN. Sebab dari situ kita menentukan pemimpin yang mewakili rakyat di Parlimen (Dewan Rakyat) dan ADUN di peringkat Negeri-negeri.
Barisan kepimpinan tertinggi PAS-DAP telah menolak langkah PKR melalui Anwar yang cuba membuat kecoh tentang keputusan PRU ini. Kerana jika mengikut rentak Anwar, bermakna PAS-DAP-PKR menghina MAJORITI rakyat di sembilan negeri yang memilih BN dalam PRU lalu.
Anwarlah Sebenarnya Penipu dan Menghina Pilihan Rakyat!
No comments:
Post a Comment