Wednesday, May 29, 2013

SPAD: Tiga Tahun Sembilan Kejayaan


Baru menjangkau usia tiga tahun, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sudah dapat tampil dengan pelbagai rintisan serta transformasi dasar pengangkutan awam darat negara.

Hasilnya kita lihat hari ini, di mana pelbagai matlamat transformasi tercapai bagi manfaat semua golongan tidak kira sama ada anda pengusaha atau pengguna pengangkutan awam darat.

SPAD yang berfungsi sebagai pemudah cara serta pembentuk dasar pengangkutan  awam telah berjaya memberi impak positif kepada rakyat umumnya. Antara kejayaan SPAD sepanjang 3 tahun ini adalah:
1- Pembinaan MRT - Membina laluan MRT sepanjang 60km yang terdiri daripada 35 buah stesen. Projek ini dijangka memudahkan 1.2 juta penduduk sekitar Lembah Kelang. Dijangkakan seramai 442,000 pengguna sehari akan menggunakan MRT bila ia siap kelak.

2- Bantuan Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1MA) - Meringankan kos selenggara yang terpaksa ditanggung pemandu teksi.

3- Bantuan Tayar 1Malaysia - Membantu para pemandu teksi dalam mendapatkan tayar percuma atau pada kadar berpatutan.

4- Insurans Berkelompok serta Khairat Kematian - Menyediakan insurans kelompok untuk pemandu-pemandu teksi.

5- Skim Perlindungan Insurans Kemalangan Diri, Hilang Upaya dan Kematian kepada semua murid sekolah yang menggunakan perkhidmatan bas sekolah yang berlesen dengan SPAD bagi Semenanjung Malaysia dan Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) untuk Sabah dan Sarawak

6- Pemberian Lesen Teksi Individu kepada 1,000 pemandu/pengusaha teksi. -
Membuka peluang kepada para pemandu teksi bagi mendapat lesen teksi individu sekaligus meningkatkan pendapatan.

7- Perkhidmatan bas percuma Go-KL di sekitar kawasan Bukit Bintang. - Menjadi sebahagian daripada senarai pilihan bagi mendapatkan perkhidmatan awam. Paling penting ianya percuma!

8- Membenarkan teksi bandar beroperasi di KLIA - Sebagai mekanisme sokongan kepada perkhidmatan teksi limo sedia ada bagi memenuhi permintaan tinggi teksi pada satu-satu masa tertentu.

9- Menjalinkan usahasama dengan Proton untuk menghasilkan Proton Exora yang dipasang siap dengan pelbagai kemudahan canggih untuk dijadikan Teksi 1Malaysia (TEKS1M).

Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid memberitahu bahawa pihaknya juga sedang mengkaji penggunaan Tram dan Keretapi Kelajuan Tinggi di Malaysia. Ini menunjukkan bahawa SPAD sentiasa memastikan segala perancangan tidak dibuat tergopoh-gapah tanpa melakukan kajian, kaji selidik serta mendapatkan maklum balas orang ramai.

“Apabila sistem pengangkutan awam darat kita sudah elok nanti, kita mungkin boleh adakan polisi menghadkan masa tertentu untuk kenderaan persendirian. Kita mungkin boleh adakan kempen “No Private Cars” di mana kereta persendirian hanya boleh masuk ke kawasan tertentu pada masa tertentu" kata Syed Hamid

“Tetapi akan tiba masanya, untuk mengatasi kesesakan lalu lintas ini, kita tidak boleh meneruskan pembinaan jalanraya. Jadi kita melihat bahawa alternatif terbaik ialah menggalakkan penggunaan pengangkutan awam,” katanya lagi.

No comments:

Post a Comment