Friday, May 24, 2013

Tiga Tahun Transformasi SPAD Dalam Pengangkutan Awam Darat



Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang diterajui oleh Tan Sri Syed Hamid berperanan penting dalam menjadi pemudah cara bagi membaik pulih dengan merancang, mengawal selia dan membentuk polisi perkhidmatan awam darat di negara ini. 

Namun begitu tugas yang dipikul oleh seluruh warga kerja SPAD sejak tertubuh pada 2010 tidak semudah disangka, kerana perkhidmatan awam merupakan satu medium pengangkutan yang sudah lama wujud lebih 50 tahun lalu. 

Bermakna pengangkutan awam ini sudah sebati dalam kehidupan rakyat yang merasai sendiri segala kelebihan dan kekurangan yang ada pada perkhidmatan bas, teksi dan keretapi.

Oleh yang demikian, berjuta-juta mata tertumpu sepenuhnya kepada setiap gerak kerja SPAD dalam mentransformasikan pengangkutan awam darat negara ini. Ketika ini kita lihat ramai "PAKAR" dalam pengangkutan awam muncul. 



Hakikatnya mereka bukan pakar, seperti dinyatakan pengangkutan awam ini sudah sebati dalam kehidupan rakyat Malaysia umumnya. Maka ramai yang ingin memberi pendapat yang majoritinya mengikut common sense dari sudut pandangan mereka. 

Jika semua dasar SPAD dari common sense semata-mata, pasti tunggang langgang sistem pengangkutan negara kita. 

Kerana banyak FAKTOR perlu di ambil kira dan dikaji sebelum perlaksanaan sesuatu dasar. Seperti faktor keselamatan, keperluan, permintaan, geografi, ekonomikal, maklum balas pengguna dan lain-lain. Semua ini perlu di teliti bagi memastikan transformasi yang dilaksanakan betul-betul efektif dan berterusan.

Sepanjang 50 tahun ini, pembangunan di negara kita sebenarnya bergerak lebih laju daripada perancangan sistem pengangkutan awam darat. Kita sudah bergerak tetapi tiada persediaan rapi untuk sistem pengangkutan awam yang selesa, mudah dan merangkumi keretapi, bas, teksi, Park N Ride. 

Sepanjang 3 tahun ini, pelbagai transformasi pengangkutan awam dilaksanakan seperti jajaran Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) di panjangkan dari Ampang ke Kelana Jaya. Perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu (KTM) pula dipertingkatkan dari empat gerabak kepada enam gerabak. Monorel juga ditambah daripada dua kepada empat gerabak. Manakala LRT daripada dua kepada empat gerabak. 

Semuanya ini sudah pun bermula dan kita boleh lihat sendiri di depan mata kita. Akan Datang rakyat Malaysia khususnya di sekitar Lembah Klang akan miliki sistem MRT selewat-lewatnya tahun 2017.



Pada masa sama kita juga kaji langkah penambahbaikan sistem teksi. Terbaru SPAD telah membenarkan teksi bandar mengambil penumpangdi  Lapangan Terbang KLIA.  SPAD menerima banyak respon positif dari para pengguna di media sosial Twitter dan Facebook dengan perlaksanaan polisi ini.

Selain daripada itu SPAD telah memperkenalkan Bas Rapid Transit (BRT) dan laluan khas untuk bas awam. Kesinambungan dari itu beberapa buah terminal baru dan lokasi park n ride baru telah diwujudkan di beberapa koridor. 

Komitmen SPAD tidak terhenti di situ apabila sudah mula melakukan kajian untuk pembinaan laluan MRT 2 dan MRT 3. Malah kajian untuk keretapi berkelajuan tinggi juga sudah bermula. 


Perancangan membina keretapi laju ini dilihat mampu menjadi pemangkin kepada pembangunan Negeri Sembilan, Melaka, Johor (Muar, Batu Pahat ke Nusajaya). Jika direalisasikan perjalanan dari Kuala Lumpur ke Johor hanya mengambil masa 80 minit atau 90 minit ke singapura.

Dari statistik yang diterima, kadar penggunaan perkhidmatan awam berada pada tahap 17-18 peratus. Selepas segala transformasi ini berjalan lancar, dianggarkan seramai 40% rakyat akan menggunakan pengangkutan awam sebagai mode pilihan menjelang 2030.



Ini menunjukkan transformasi pengangkutan awam darat yang digembleng oleh SPAD selama tiga tahun adalah berterusan. Tahniah dan terima kasih kepada seluruh warga SPAD yang komited dalam menjayakan transformasi pengangkutan awam negara ini. Kita lihat semangat warga SPAD tidak pernah luntur walaupun sering menghadapi pelbagai rintangan dan permainan politik jijik oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. 

No comments:

Post a Comment