Tuesday, May 28, 2013

Pengerusi SPR & Timbalannya Letak Jawatan?


Kesian gua tengok penyokong-penyokong tegar PKR, awal-awal je kita tengok gempak mencanang kononnya segala bagai penipuan berlaku dalam PRU13. 

Bermacam-macam andaian dilemparkan tanpa menzahirkan bukti kukuh bagi menyokong tuduhan itu. Penyokong yang awalnya beribu-ribu membanjiri perhimpunan mereka terus merosot dari satu siri ke siri perhimpunan lain.

Maka yang tinggal sekarang hanya SISA penyokong pembangkang yang masih belum sedarkan diri kerna tersampuk selepas mendengar ceramah pemimpin mereka. Itu pun majoriti yang terdiri daripada kaum cina. 

Anwar dan PKR sedar akan trend merundum jumlah peserta perhimpunan mereka. Perkara ini menjadi kebimbangan parti mata ikan tersebut.

Dah hilang punca dan sokongan ditimbulkan pula perkara bangang iaitu mendesak Pengerusi SPR dan Timbalannya meletak jawatan. Lagi sekali Anwar dan PKR menipu rakyat terutama penyokong mereka.

Mereka ingat jawatan Pengerusi dan Timbalan SPR ni macam lantikan pengarah atau pengerusi syarikat GLC ke? Hantar resume dan interview terus datang lapor diri bekerja!?? 

Kedudukan Pengerusi serta Timbalan Suruhanjaya Pilihan Raya bukan seperti yang digambarkan oleh Anwar kerana jawatan ini merupakan lantikan Yang Di-Pertuan Agong! 

Maka Agong mempunyai kuasa menentukan perlantikan baru atau mengekalkan Pengerusi & Timbalan SPR!

Jadi Anwar jangan dok kalut menggelabah mengencing rakyat dalam ceramah beliau! Elok cermin dulu pengkhianatan beliau terhadap rakan-rakan parti dengan membuat perjanjian sulit sebelum PRU13 bersaksikan Bekas Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla.



Jangan lupa bahawa Anwar sendiri membuat pengumuman secara terbuka yang beliau berjanji akan berhenti berpolitik dan mengajar di sebuah Universiti di Eropah jika kalah PRU13. 

Baru beberapa minggu lepas PRU13, Anwar dah buat macam-macam perangai buruk MENGKHIANATI PERJANJIAN yang dibuat bersama Najib di hadapan Jusuf Kalla dan juga perjanjian bersara dari politik jika kalah!

Sekarang dah kalah! Tunggu apa lagi! Berambus!

1 comment:

  1. Hanya 3 orang (DSAI, DSN dan Bapak Jusuf Kalla) tahu hakikat perjanjian antara mereka bertiga. 2 berjanji dan seorang lagi orang tengah. Anak saya belajar di kolej tentang kontrak berkata "verbal contract is a contract". Kalau tak sign pun tak apa. Tapi susahlah sikit nak bukti tanpa documentation. Walau bagaimanapun kata anak saya "Allah Maha Mengetahui, Maha Mendengar dan dan Maha Melihat". Hidup ini hanya sementara. Berbaik2lah sesama insan sebelum kita meninggalkan dunia yang fana ini. Semoga negara kita dihindari daripada sebarang kekacauan. Ameen Ya Rabbal 'Alamin.

    ReplyDelete