Friday, May 3, 2013

Anwar Meracau Video Baru Keluar!


Puak pembangkang nampaknya tak senang duduk bila tinggal beberapa hari untuk membuang undi. Macam-macam fitnah cuba dicipta sehinggakan anwar kelam kabut membuat sidang media mengatakan beberapa agensi dan kementerian kerajaan terlibat dalam konspirasi membawa masuk pengundi hantu dari Sabah, Sarawak malah serata Asean untuk mengundi!?

Para wartawan yang hadir bingung, kerana tuduhan anwar itu tidak masuk akal kerana mengaitkan PDRM, ATM, JPM, Imigresen, SPR dan beberapa lagi agensi yang kononnya terlibat bawa masuk pengundi hantu. 

Kenapa agaknya anwar membuat tuduhan tak masuk akal macam ni??



Patutlah huru-hara puak pembangkang sekarang ni. Video yang memaparkan Saiful Bukhari di dalam MasjidilHaram, di hadapan Kaabah bersumpah laknat bahawa kaitan anwar meliwat dirinya adalah benar!

Orang-orang Islam dalam pembangkang dah dok pening kepala sekarang macam mana nak pusing. Saiful bersumpah depan Kaabah pun mau pusing ka?

Rakyat sudah bijak menilai! Memilih pembangkang bermakna memilih si PELIWAT sebagai Perdana Menteri. Adakah anda sanggup meletak nasib masa depan anak-anak anda di tangan pemimpin PELIWAT!!

No comments:

Post a Comment