Sunday, May 19, 2013

Cara DAP Bodohkan Cina!


Kenyataan twitter Koo Ham merupakan salah satu cara pembangkang memburukkan imej parti komponen BN yang mewakili masyarakat cina iaitu MCA. 

Dakwaan sebegini sudah acap kali diluahkan berulang kali bagi discredit reputasi dan kewibawaan MCA sebagai sebuah parti yang memperjuangkan nasib kaum cina di negara ini. 

Perkara yang dilafazkan atau dimainkan berulang kali ke halwa telinga masyarakat, lama kelamaan akan di anggap benar! Dalam kes ini ramai rakan kita dari kaum cina terpengaruh. Inilah yang perisik katakan usaha DAP memperbodohkan cina.

Di sini mereka terus menerus menggambarkan MCA sebagai sebuah parti yang tunduk kepada segala kehendak UMNO, MCA lebih melayu daripada melayu, MCA sama dengan Perkasa, MCA takut UMNO, MCA itu, MCA ini dan segala macam bagi menunjukkan bahawa MCA tidak kredibel sebagai pejuang sebenar bagi kaum cina.

Kesannya masyarakat cina yang membaca atau mendengar berulang kali terpedaya dan mempercayai segala tuduhan liar yang dilemparkan terhadap MCA.

Soalnya sekarang apa yang DAP sudah lakukan untuk masyarakat cina selama ini? Kita lihat mereka hanya mampu tampil di atas pentas menuduh keburukan orang lain sedangkan tiada kebaikan yang nyata dilaksanakan DAP untuk kaum cina?! 

DAP menjaja hak sama rata melalui gagasan Malaysian Malaysia kepada kaum cina!  Malah rakan PAS-PKR menyokong pula idealogi itu! Apa yang perlu diingatkan tidak ramai masyarakat cina tahu bahawa perkara tersebut tidak dapat dilaksanakan! Walaupun pembangkang memerintah! Tak percaya?!

Kerana soal sama rata yang di jaja tidak dilihat dari sudut yang luas. Seperti kebiasaan ceramah sebelum ini, mereka akan menggunakan simple logik bagi memperdayakan penyokong dan hadirin. 

Hasil penipuan mereka telah berjaya menarik sebilangan besar pengundi kaum cina terutamanya dari golongan belia. 

Majoriti golongan ini, terlepas pandang sudut sejarah! Terlepas pandang sudut polarisasi kependudukan! Terlepas pandang sudut ekonomi! Terlepas pandang sudut kesamarataan yang sebenar!

Bila disentuh semua perkara di atas! Mereka melenting pula mengatakan itu pemikiran Lapok! Itu semua cerita lama! Langkah keterbelakang! Sekarang zaman liberal! Zaman keterbukaan dan sebagainya!

Jangan lupa! Bahawa sejarah tercatit bukan hanya untuk menceritakan perkara lalu! Tapi mengingatkan kita apa yang boleh berlaku sekali lagi di masa akan datang!

Anda lupa sejarah! Anda akan mudah terleka untuk menghadapi kemungkinan di masa depan! Bila musibat membadai, ketika itu sudah terlambat!

No comments:

Post a Comment