Sunday, May 19, 2013

Di Mana Harga Barang Naik??

Bila anda diberitahu harga barang sudah naik selepas BN menang! Anda marah dan dengan mudah anda menyalahkan kerajaan. Sebelum bertindak mengikut perasaan seeloknya diajukan beberapa persoalan bagi tujuan pencerahan! 

Memang lumrah manusia suka ambil mudah atau shortcut! Kita lebih mudah menuduh dari bertanya untuk kepastian. Bila dah ada pihak kena tuduh, selesai kerja kerana dah ada orang yang harus bertanggungjawab di atas kenaikan harga barang ini. 

Kalau nak di tanya, banyak pula kerjanya. Di mana kenaikan berlaku? Seluruh negeri? Seluruh negara? Produk apa yang naik harga? Mengapa perniaga naikkan harga? Siapa pengedar produk? Siapa Pengeluar? Berapa banyak kenaikan? Betul ke harga barang naik?. 

Nampak! Banyak betul persoalan. Tapi seperti dinyatakan, manusia suka ambil shotcut dengan menuduh buta tuli dari bertanyakan seribu satu soalan untuk mendapatkan kepastian sejauh mana benarnya berita ini!

Bila soalan-soalan tadi diajukan! Mereka yang menuduh tidak mampu pula menjawabnya. Kerana mereka tidak terfikirkan persoalan terperinci begini. Lagi pun biasalah pembangkang ni, cakap senang, bila diminta bukti. Berpintal-pintal lidah nak menjawabnya.

Di sini rakyat di ingatkan supaya tidak terpedaya dengan tuduhan liar yang mengatakan harga barang naik seluruh negara. Kerana ia sebenarnya taktik licik  sebilangan peniaga, pengedar dan pengeluar yang menyokong pakatan pembangkang dengan menaikkan harga barang kawalan sewenang-wenangnya. 

Tindakan tegas akan diambil jika melanggar penetapan harga barang kawalan. Iaitu kompaun atau sita!

No comments:

Post a Comment