Wednesday, May 22, 2013

Tiga Pengkhianat Negara Tak Senang Duduk!

lahad-datu--najibxxx

Patutlah tiga malaun ni senyap je lepas PRU13. Masing-masing dah tak senang duduk sebab semakin banyak bukti yang mengaitkan mereka bertiga dengan insiden Lahad Datu, Sabah. Siapa mereka bertiga tu?

Rasanya anda sendiri sudah dapat mengagak! Ya lah sebelum PRU13 bukan main kecoh mempolitikkan insiden yang mengorbankan 10 anggota keselamatan kita. Ke hulu ke hilir di adakan ceramah kononnya insiden ini adalah sandiwara UMNO.

Bila ditanya apa bukti yang mereka ada bagi menyokong dakwaan ini semua adalah sandiwara? Langsung tak ada! Seronok menyerang dan memfitnah tapi tergugup dipertengahan permainan mereka sendiri.

Kerajaan ketika itu tidak sewenang-wenangnya menuduh pembangkang adalah dalang! Langkah yang di ambil adalah dengan melakukan kerjasama berkongsi maklumat risikan antara Malaysia dengan Filipina bagi mencari punca dan SIAPA DALANG SEBENAR?!

Hasil siasatan pihak risikan Filipina mendapati beberapa pemimpin politik pembangkang telah terlibat dalam merancang beberapa bulan lebih awal! Rantaian bukti yang dikumpulkan pihak Filipina jelas menunjukkan tiga nama inilah dalang Insiden Lahad Datu. Pusing ikut mana, cong banyak kali pun tiga nama ni juga yang keluar.

Di pihak risikan kerajaan Malaysia turut menerima hasil yang serupa, maka kesimpulannya nama tiga dalang ini sudah dimuktamadkan. Sekaligus tiga nama inilah menjadi punca kematian 10 rakyat Malaysia dan lebih 60 rakyat Filipina. 

Dua dari tiga nama yang dulunya hebat melalak memfitnah insiden ini sebagai sandiwara sudah diam seribu bahasa. Skrip yang dirancang tidak menjadi yang akhirnya mengheret salah seorang ke Mahkamah! Sekarang siapa yang bersandiwara? 


Sekarang kita fahamlah walaupun keputusan PRU13 telah diwartakan. Ketua pembangkang masih lagi melalak cuba mengalih perhatian rakyat kepada isu pilihanraya yang sengaja di ada-adakan jauh dari isu Lahad Datu. 

Ketua pembangkang ni dah pening kerana para penajanya dah mula marah kerana di kelentong kononnya pembangkang akan menang PRU lepas. Duit beratus juta dolar yang dilaburkan lebur begitu sahaja.

Sekarang timbul kebimbangan baru! Kita anggap saja ketua pembangkang bukan antara tiga nama tersebut. Walaupun tidak tersenarai, kesan dominonya amat pasti akan melibatkan dirinya sekali. Adakah tiga nama yang bakal di cekup sanggup mengunci mulut sehingga ke tali gantung?!



Sebab itu, si ketua pembangkang ni meroyan berkempen bagi memastikan kerajaan berubah! Tujuannya mudah, supaya kes Lahad Datu ini ditutup "jika" mereka menang. 

Allah Maha Kuasa! Sini kita lihat kemenangan BN dan kekalahan pembangkang ada hikmahnya. Kita bakal saksikan sandiwara pembangkang yang sudah merancang membuat keganasan tidak lama lagi.

Mungkin ada perancangan yang tiga ekor pengkhianat ni hendak cuba meloloskan diri sewaktu kekecohan yang berlaku nanti! 

No comments:

Post a Comment