Tuesday, May 21, 2013

Pembangkang Tiada Akses Media? Jangan Mengarut!


Kerajaan sekat kebebasan media! Itu yang dijaja pembangkang ke halwa telinga rakyat. Alasan mereka, pembangkang tidak mendapat langsung ruang media di Malaysia.

Di sini mereka ternyata cuba mengelirukan rakyat. Kerana, pembangkang sebenarnya tahu bahawa mereka berjaya mencipta tsunami politik 2008 adalah hasil penggunaan sepenuhnya media baru yang tidak langsung disekat kerajaan.

Saluran media baru ini, telah dieksploitasi bagi tujuan menyerang dan memfitnah kerajaan serta sebarang kaitan dengan kerajaan. Majoriti serangan pula datang dari pemain media baru dari beribu-ribu laman facebook, youtube, twitter dan blog-blog. 

Maka dakwaan pembangkang tidak mendapat liputan media adalah tidak benar sama sekali! Hakikatnya mereka mendapat ruang yang lebih luas dengan adanya kemudahan jalur lebar negara yang disediakan kerajaan bagi membolehkan akses kepada media baru lebih pantas dan lancar.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata di majlis penyerahan tugas oleh Datuk Rais Yatim di Putrajaya. "Pakatan Pembangkang sebenarnya mendapat liputan meluas daripada media baru yang semakin berkembang dan boleh digunakan oleh sesiapa sahaja."



Jika kita perhatikan impak media baru ini, ia dianggap sebagai trend masyarakat kini bagi mendapatkan pelbagai first hand information

Masalah kepada trend ini adalah ianya tiada tapisan, tiada had dan tidak terikat kepada etika kewartawanan. Informasi tanpa had ini, kebiasaanya mudah di salah tafsir oleh pembaca yang selalunya terus mempercayai kandungan laman hebahan tersebut. 

Majoriti pembaca media baru ini gemar membuat keputusan cepat dengan menilai dari luaran atau satu sudut sahaja. Tidak terlintas di benak fikiran untuk mendapatkan kepastian sumber tersebut. 

Lebih haru apabila cerita yang dibaca itu dihebahkan pula dengan meluas ke alam siber melalui facebook dan blog sedangkan maklumat tersebut adalah palsu serta fitnah. 



Walaupun bertubi-tubi fitnah pembangkang terhadap kerajaan di dalam media baru. Kerajaan tidak pula menyekat sebarang akses kepada media baru.

“Kerajaan tidak ada dasar untuk menyekat penggunaan broadband dan sebagainya. Sedangkan ada negara luar yang mengharamkan Facebook. Ada juga negara yang membuat tapisan kepada kandungan di dalam media baru, tetapi negara kita tidak ada (sekatan).” tambah Ahmad Shabery lagi.

Bagi kerajaan hak untuk mendapatkan kebebasan maklumat bukan hanya milik Kerajaan atau pembangkang, tetapi juga rakyat. Ideologi kebebasan bersuara harus diteruskan tetapi pada masa yang sama, tafsiran maksud sebenar dan had kebebasannya perlu diperhalusi dengan mengambilkira kepentingan nasional dan awam.

Media baru tidak boleh dianggap sekadar alat perhubungan masyarakat tetapi juga merupakan ejen kepada perubahan sosial. Kemudahan komunikasi menjadi satu perkara asas dan dalam konteks pendemokrasian komunikasi, ia perlu diberi keutamaan.

No comments:

Post a Comment