Perisik sekali lagi berpeluang menyertai OPS TEGAS di sekitar Kuala Lumpur hari ini. Operasi ini dijalankan oleh unit Penguatkuasaan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang diketuai oleh Pengurus Besar Penguatkuasa, Dato Paduka Che Hasni.
Tak kurang juga ada pemandu teksi yang buat muka seposen macam tak bersalah. Nak tunjuk diri hebat depan media ler tu! Kalau dah kena tarik lesen tu baru tahu langit tinggi rendah bila sumber pendapatan terputus nak tampung keluarga.
Jangan salahkan SPAD pula yer! Disiplin dan amanah sebagai pemandu teksi sepatutnya sudah jadi darah daging. Tak ada alasan untuk tidak menggunakan meter atau tidak tahu menahu bahawa hukuman berat kalau meter tak digunakan.
Jadi bila pertubuhan PERSIM & BBPTB bikin kecoh salahkan SPAD sengaja nak menyusahkan pemandu teksi adalah tidak melihat dari sudut pengguna. Bagaimana pula sikap pemandu teksi enggan guna meter dan mengenakan caj tak masuk akal kepada pengguna?
Bukankah ini dikatakan menipu! Atau boleh juga dikatakan perompak berlesen! Kerana permit dan lesen yang mereka miliki disalahguna untuk mengambil kesempatan menipu pelanggan. Oleh itu, PERSIM & BBPTB sepatutnya turut serta membantu SPAD dalam perbaiki serta mendisplinkan para pemandu teksi ini. Bukannya sibuk menuduh yang bukan-bukan terhadap kerajaan dan SPAD.
No comments:
Post a Comment