Friday, February 27, 2015

Felda D'Saji Restoran Pertama Malaysia Di Jeddah


Apa juga cerita negatif yang cuba dimainkan oleh pembangkang untuk memburukkan Felda. Ia langsung tidak merencatkan pelan pengembangan perniagaan dan pelaburan baharu Felda di dalam dan luar negara yang mana dinilai berpotensi memberikan pulangan terbaik.

Tiap usaha Felda untuk mencipta peluang menambahkan pendapatan organisasi, pasti saja akan kedengaran suara sumbang dari macai pembangkang mengatakan itu ini membazir. Skrip lama di ulang-ulang macam cerita lawak Felda nak bankrap yang dimainkan mereka tahun-tahun sudah. Kesudahannya semua terkantoi dan ternyata fitnah jahat terhadap Felda.

Kali ini Felda melalui anak syarikatnya Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) mengorak langkah mengembangkan pelaburan ke Arab Saudi. Iaitu dengan membuka restoran pertama Malaysia di Jeddah iaitu Felda D'Saji. Sebelum ini Felda D'saji telah pun memulakan operasi di Menara Zam Zam bersebelahan dengan Masjidil Haram.

Pemilihan lokasi Jeddah ini merupakan keputusan tepat perniagaan memandangkan ia adalah hab komersil paling eksklusif di Arab Saudi iaitu Tahlia Street. Tahlia Street ini menjadi pilihan jenama-jenama terkemuka dunia dengan barisan kedai-kedai bertaraf butik dan berkelas tinggi. 



Restoran Felda D'Saji di Tahlia Street ini mengandungi 112 tempat duduk dan dijangka dapat menjadi sebahagian daripada kepelbagaian menu makanan sedia ada di Jeddah. FIC bukan sahaja ingin menarik pelanggan dari Malaysia dan Asia malah ingin memanfaatkan kedudukan Jeddah yang menjadi pintu masuk Arab Saudi.

"Restoran mewujudkan peluang terbaik untuk Malaysia dan Arab Saudi mengukuhkan hubungan dengan melibatkan pencambahan antara budaya," kata Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul di pelancaran restoran tersebut baru-baru ini.

Turut hadir sama di pelancaran restoran ialah Konsul Besar Malaysia di Arab Saudi, Khalid Abbasi dan Ketua Pegawai Eksekutif FIC, Mohd Zaid Abdul Jalil.

1 comment:

  1. Gambar2 tu Tahlia Street Riyadh.

    Ini Jeddah

    ReplyDelete