Saturday, February 28, 2015

Jerat IS! Sudut Pandang Dr Mashitah!


Wawancara rancangan Soal Jawab baru-baru ini telah mengundang beberapa panelis antaranya Dato Dr Mashitah Ibrahim bagi membincangkan topik 'Jerat Islamic State (IS)'. Topik ini mempunyai berkait rapat dengan perbahasan Mashitah pada Perhimpunan Agong UMNO lalu yang menyentuh tentang kepelbagaian ancaman Islam dari dalam dan luar.

Melihat kepada tajuk Soal Jawab ini. Ia antara kebimbangan yang telah disuarakan oleh Mashitah mengenai penularan fahaman ekstrimisme yang bertopengkan Islam yang mana telah meracuni pemikiran anak muda kita sehingga menjadi taksub kepada idealogi songsang bawaan kumpulan ekstremis ini. 

Kebelakangan ini juga, semakin banyak berita dilaporkan tentang penglibatan warga Malaysia dalam kumpulan militan di Timur Tengah. Ada juga yang menjadi agen merekrut warga negara ini untuk turut serta mengangkat senjata bersama IS di Syria. Ada juga penahanan beberapa warga Malaysia yang cuba menyelinap masuk ke Syria namun berjaya dihidu pihak berkuasa.

Melihat satu demi satu laporan berita mengenai penahanan warga kita ini menimbulkan pelbagai persoalan antaranya mengapa ada yang terpengaruh? Lebih mengusarkan golongan belialah yang paling ramai terpengaruh untuk menyertai pejuang IS yang kononnnya akan dijaminkan syurga atau mati syahid.

Berikut adalah antara soalan yang diajukan beserta jawapan dari sudut pandang Dr Mashitah. Ia sedikit sebanyak dapat memberi gambaran kepada pembaca terutamanya generasi muda untuk lebih berhati-hati supaya tidak terhumban ke kancah perjuangan yang sesat seperti IS.



Sememangnya sebagai umat Islam kita akan bersetuju dengan pandangan Mashitah. Kerana adakah Islam mengajar kita berlaku zalim terhadap tahanan sehingga memenggal kepala dan membakar hidup-hidup? Tiada satu pun dalam catatan sirah peperangan Rasulullah s.a.w melakukan kezaliman begini terhadap tahanan perang! 

Jelas IS hanya mempergunakan perkataan Islam dan membentangkan hadis separuh-separuh bagi mengelirukan umat Islam seolah-olah cara merekalah pejuang Islam yang sebenar. Jangan terpendaya lagi!


Lambakan berjuta-juta bahan ilmiah yang boleh dicapai dihujung jari mempunyai pro dan kontranya. Pro-nya, semakin banyak bahan rujukan dapat diperolehi bagi meningkatkan ilmu pengetahuan. Kontra-nya berjuta-juta bahan rujukan ini tidak mempunyai tapisan bagi memastikan sejauh mana kebenaran dan ketulenan sesuatu maklumat. 

Malangnya ramai golongan muda menerima bulat-bulat maklumat yang disajikan. Akhirnya terpesong sehingga sukar untuk diperbetulkan lagi. Jadi ingatkanlah ahli keluarga untuk lebih berhati-hati dalam menerima hebahan tentang Islam dalam internet. Lihat dan kaji dahulu sumbernya. Jangan terpedaya!

No comments:

Post a Comment