Wednesday, February 25, 2015

Tiong Lai: SAR MH370 Di 60,000km/segi Diteruskan


Tiada arahan atau cubaan untuk memberhentikan usaha mencari dan menyelamat (SAR) MH370 di Lautan Hindi. Berdasarkan data satelit Inmarsat kapal terbang komersial milik Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) telah dilencong ke selatan hemisfera dan berakhir di lautan seluas 74 juta kilometer persegi itu.

Menteri Pengangkutan, DS Liow Tiong Lai berkata, usaha mencari akan diteruskan untuk mengesan MH370 di lautan tersebut. Kawasan pencarian yang luasnya 73 juta km/segi telah dikecilkan ke 60,000 km/segi dan pasukan SAR telah menerokai 35% dari jumlah kawasan itu.

Baru-baru ini, salah sebuah akhbar di United Kingdom melaporkan siaran program dokumentari NG menunjukkan bahawa kapal terbang tersebut sebenarnya berakhir di Artatika. 

Laporan tersebut tidak memperincikan dari kepelbagaian sumber data penerbangan yang disebut dan ternyata NG sebenarnya mengambil kesempatan di atas insiden ini untuk meraih rating tinggi siaran memandangkan kehilangan MH370 akan genap setahun 8 Mac ini.

“Setiap pesawat mempunyai isyarat yang berbeza dan menerusi data yang diberikan oleh Inmarsat dan Pusat Kawalan Lalulintas Udara menyatakan MH370 menuju ke selatan Lautan Hindi,” kata Tiong Lai.

Mainan laporan ini telah menimbulkan pelbagai persepsi masyarakat terutamanya keluarga mangsa yang sudah ada mempersoal sama ada kerajaan mencari di kawasan yang betul. Perlu ditegaskan sumber kerajaan adalah berdasarkan maklumat risikan dan data penerbangan antara negara-negara lain. 

Bukan data satu dua helai kertas dan terus merumuskan ia hilang di Lautan Hindi. Ia perlu perincian dan analisis pakar dari pakar-pakar di negara berlainan bagi tujuan check and balance. 

Kerajaan sedia maklum, bukan mudah bagi keluarga mangsa untuk melalui detik ini setelah setahun. Malah perkara ini akan berbekas dalam diri setiap ahli keluarga sehingga ke akhir hayat. Ia satu kesan psikologi yang tidak dapat dipadamkan seperti suis. 

Jadi masyarakat perlu lebih sensitif untuk tidak sewenang-wenangnya mensensasikan sumber maklumat yang belum pasti. Kerana niat baik untuk sampaikan maklumat dengan tidak sengaja mengelirukan orang ramai khususnya keluarga mangsa.


No comments:

Post a Comment