Thursday, February 12, 2015

YPPM Ringan Beban Sekolah Pondok Terlibat Banjir


Usaha yang digerakkan ini tidak dapat dilakukan secara menyeluruh ke semua sekolah pondok yang terlibat banjir. Memandangkan kesan banjir yang melanda Pantai Timur dinilai sebagai luar biasa dan terburuk dalam sejarah negara. 

Kesan kerugian yang ditanggung akibat banjir di beberapa buah negeri terutamanya Kelantan mencecah lebih RM1Billion. Setiap lapisan masyarakat juga tidak membuang masa menghulurkan bantuan sewajarnya kepada mangsa-mangsa banjir. Ada sumbang pakaian, makanan, duit dan ada juga sumbangkan tenaga.

Berpuluh NGO dan kumpulan persendirian tampil memainkan peranan dalam membantu mangsa banjir ini. Pihak Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM) yang diketuai oleh Pengerusi Eksekutifnya, Dato Dr Mashitah Ibrahim turut menghulurkan bantuan kepada sekolah pondok yang terjejas.

Antara yang menerima bantuan adalah Pondok Bukit Bera dan Pondok Pak Kob di Seberang Chenor, Pahang. Operasi kedua-dua pondok terus lumpuh dan seramai 300 pelajar tidak dapat meneruskan kelas pengajian. 

Melihat kepada keadaan ini, pihak YPPM dengan pasukn sukarelawan telah menghantar bantuan dalam pelbagai bentuk barangan pembelajaran dan keperluan. Penghantaran bantuan ini diharap dapat memulihkan operasi pondok-pondok kembali seperti sedia kala pada kadar segera. Pihak Giat Mara juga memainkan peranan dalam memperbaiki pendaiawaian yang rosak di sekolah pondok ini.



Melihat kepada bencana yang menimpa sekolah pondok ini telah menimbulkan idea bernas dikalangan pihak pengurusan YPPM. Di mana satu koperasi perlu ditubuhkan bagi meningkatkan keupayaan dan keberkesanan memastikan kelangsungan insitusi pondok apabila ditimpa musibah.



No comments:

Post a Comment