Tuesday, February 24, 2015

Kemeriahan Kai Gong Dirasai Pengunjung Wisma MCA


Upacara tradisi masyarakat cina 'Kai Gong' yang berlangsung di ibu pejabat MCA Kuala Lumpur menarik perhatian orang ramai terutamanya para pelancong yang melalui kawasan tersebut. Upacara ini dibuat bagi menandakan sudah masanya untuk 'kembali bekerja' selepas sambutan tahun baru cina.

Kelihatan tarian singa dan naga diperkarangan pintu masuk ibu pejabat yang mula dipenuhi orang awam yang ingin melihat dengan lebih dekat persembahan tersebut. Presiden MCA, DS Liow Tiong Lai dan Timbalannya, Datuk Dr Wee Ka Siong memberi angpau kepada dua tarian tersebut sebagai tanda bayaran persembahan.

Tiong Lai juga turut meluangkan masa bersama kakitangan MCA dan juga Koperasi Jayadiri (KOJADI) di beberapa jabatan dalam parti. Hidangan tradisi yakni 'yee sang' turut disajikan bagi mengeratkan lagi hubungan sesama warga kerja dalam MCA.



Antara pemimpin lain yang turut hadir memeriahkan upacara tradisi ini adalah Setiausaha Agung, DS Ong Ka Chuan, Ketua Pemuda, Chong Sin Woon dan Ketua Wanita, Datuk Heng Seai Kie.

Pihak MCA mengadakan persembahan tarian di beberapa tingkat bangunan Wisma MCA sebagai simbolik Tahun Kambing ini akan membawa keamanan, dipenuhi tenaga positif, dianugerahkan nama baik buat parti dan kesihatan buat semua para pemimpin dan tenaga kerja 

MCA akan memastikan setiap azam dan harapan yang diletakkan direalisasikan dengan usaha komited semua peringkat jentera parti untuk terus menyumbang bakti kepada masyarakat dan negara. 



No comments:

Post a Comment