Baru-baru ini, beberapa siri penculikan telah dilakukan oleh kumpulan militan ini dan hampir semua tahanannya dibunuh dengan tragis. Ada disembelih dan ada pula yang dibakar hidup-hidup. Dua insiden ini sahaja berlaku bagi menuntut supaya salah seorang anggota mereka yang berada dalam tahanan kerajaan Jordan dibebaskan.
Umum tahu kaitan antara IS dan Al-Qaeda bukan lagi rahsia. Kumpulan ini dilihat sebagai pengganti Al-Qaeda yang dilihat semakin tenggelam dan kehilangan momentum. Kini IS semakin giat meluaskan rangkaian dan merekrut ahli-ahli dari serata dunia. Nama "Islam" dan jaminan tiket ke syurga dijadikan umpan menarik belia Islam menyertai "jihad" mereka kononnya.
Ada juga yang mengatakan satu perikatan telah terbentuk bersama kumpulan militan lain seperti Abu Sayyaf, Boko Haram, Pejuang Pembebasan Islamik Bangsamoro, Ansar al-Sharia Libya dan Tunisia, Majlis Shura Mujahidin al-Quds, Ansar Baitulmaqdis dan banyak lagi. Sejauh mana kebenaran perikatan ini belum dapat disahkan secara tepat.
Tapi apa yang pasti, kumpulan IS ini sudah mula aktif merekrut rakyat Malaysia untuk turut serta dalam perjuangan songsang mereka. Bulan lepas tiga suspek warga negara ditahan dipercayai menjadi agen membekalkan ahli dari negara ini kepada IS yang berpangkalan di Syria.
Dalam bulan ini pula, negara dikejutkan dengan penahanan seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun di KLIA yang dipercayai mahu menyertai IS. Lihat bertapa mudahnya golongan belia ini terpedaya dengan dakyah jihad IS. Mereka yang terpengaruh ini pula bukan cikai, tapi berpendidikan tinggi dan terdiri daripada golongan profesional. Ini menunjukkan sesiapa saja boleh tergoda dengan pujukan IS ini.
Dato Dr Mashitah ketika dalam rancangan Soal Jawab bertajuk "Jerat IS" turut mempersoalkan perjuangan kumpulan militan ini. Kerana nama Islam yang digunakan pada kumpulan ini telah dimanipulasi dengan salah sehingga menimbulkan persepsi buruk masyarakat dunia terhadap Islam.
Ada kala tertanya-tanya mengapa ramai warga kita boleh termakan pujukan IS ini. Adakah kerana ramai yang tidak memahami makna jihad dan etika peperangan dalam Islam yang sebenar? Kerana, jika faham dua perkara tersebut, sudah cukup untuk membuatkan kita menolak IS mentah-mentah.
Di Malaysia sendiri ada golongan yang menjanjikan Syurga kepada sesiapa yg memangkah mereka. berjuta umat Islam terpengaruh. jadi tak perlu hairan apabila para belia senang terpengaruh dgn dakyah IS yg bersifat antarabangsa dan lagi gah namanya dr apa yg ada du Malaysia skrg ni.
ReplyDeleteMereka yg masuk ke Uni ni ada 2 golongan. Mereka yg bijak berfikir scr kritikal, kreatif dan kritis, dan satu lg golongan hanya bijak menghafal nota pelajaran, tp lemah dr segi cara berfikir yg memrlukan pandangan yg jauh dan byk pembacaan di luar konteks silibus pelajaran.