Persoalan utama di sini, lebih 80ribu pemandu teksi yang ada di seluruh negara. Adakah dua pertubuhan ini sahaja yang wujud untuk mewakili suara-suara pemandu teksi di Malaysia!?? Memang TIDAK! Difahamkan ada berpuluh malah beratus persatuan dan pertubuhan kaitan industri teksi di negara ini.
Begitulah auta Persatuan Transformasi Teksi Malaysia (PERSIM) dan Badan Bertindak Pemandu Teksi Bermeter (BBPTB), lagak bagaikan majoriti pemandu teksi di belakang mereka menentang SPAD. Hakikatnya hanya sebilangan kecil sahaja terpengaruh dengan dakyah yang jelas berniat jahat merencatkan usaha SPAD dalam memperbaiki industri pengangkutan awam darat di negara ini.
Perlu ditegaskan, bahawa segala tindakan dan keputusan SPAD dibuat adalah berdasarkan kajian terperinci dengan melibatkan banyak faktor. Akan tetapi, apa jua hasil kajian yang dikeluarkan pasti akan ada pihak yang tidak berpuas hati.
Sebagai contoh, jika keputusan berpihak kepada pemandu teksi pasti akan kedengaran rungutan dari pengguna pula. Bila ini berlaku, adakah pemandu teksi akan berdamping bersama SPAD bagi menghadapi kemarahan pengguna. MIMPI sajalah!
Oleh itu, setiap keputusan yang diambil perlulah dilakukan dengan berhati-hati dan berimbang supaya pengguna dan pemandu teksi yang merupakan rakyat Malaysia tidak terbeban dan sekaligus mendapat manfaat daripadanya. Jadi adaian mengatakan SPAD buat kerja sesuka hati dan dengan sengaja ingin menyusahkan pemandu teksi adalah tuduhan tidak berasas dan berfikiran sempit.
Tidak cukup menabur fitnah, mereka cuba pula memancing pemandu-pemandu teksi untuk turun berdemo di Putrajaya pagi nanti. Jadi berapa ramai pemandu teksi daripada 80ribu akan turun menyertai mereka? Apa yang pasti bukan suara majoriti yang akan berhimpun nanti! Wayang jer lebih!
Kemaskini 11pagi: Difahamkan tidak samapi 50 orang yang turun berdemo. Adakah ini suara majoriti?!! Bukan ingin menafikan hak mereka. Tapi adakah adil untuk menjatuhkan hukum ke atas SPAD dengan bersandarkan suara dua kelompok ini sahaja. Bagaimana dengan suara berpuluh-puluh persatuan atau pertubuhan teksi yang lain?
Baca juga: PETEKMA Puas Hati Penglibatan SPAD Dalam Perbaiki Industri Teksi
No comments:
Post a Comment