Saturday, February 14, 2015

Felda: RM30.1 Juta Baik Pulih Kesan Banjir


Kos yang dinyatakan ini adalah bagi melakukan kerja-kerja pemulihan infrastruktur dan kerosakan hasil tanaman yang dialami Felda akibat banjir. Pembaikan perlu dilakukan pada kadar segera bagi memastikan operasi pengeluaran minyak sawit mentah dapat dihasilkan pada tahap optimum.

Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim, kos ini dipecahkan kepada dua bahagian iaitu RM16.6 juta untuk memperbaiki infrastruktur dan RM8.45 juta untuk menampung kerugian kos perladangan.

Keprihatinan Felda dipuji apabila kos yang dikeluarkan bagi menampung kerugian akibat bencana banjir ini, langsung tidak akan menjejaskan faedah penerokanya. Faedah yang dimaksudkan ini adalah seperti pemberian bonus, pemberian duit raya, bonus berdasarkan prestasi dan macam-macam lagi.

Perkara ini turut ditegaskan oleh Pengerusi Felda sendiri, Tan Sri Isa Samad yang memberitahu bahawa pemberian bonus kepada peneroka akan diteruskan seperti mana tahun-tahun sebelumnya.

Malah para peneroka yang menjadi mangsa banjir akan diberi bantuan sewajarnya bagi meringankan beban kerugian. Antara bantuan yang diterima adalah dalam bentuk wang tunai serta peralatan keperluan dan elektrik yang bernilai RM4,500. Namun proses pengagihan bantuan ini memakan masa kerana kesan banjir yang melanda kali ni sememangnya luar biasa.

No comments:

Post a Comment